
Research by Leslley Kalom
Bumiputra Status
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Rabu, 17 Mac 2010
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Perdana Menteri menyatakan samaada undang-undang mengenai syarat kelayakan/kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia perlu diselaraskan misalnya dengan kriteria yang diterima pakai
di Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulAziz]: Tuan Yang di-Pertua, istilah bumiputera secara spesifiknya tidak ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang. Secara amnya,kerajaan sering merujuk istilah bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiridaripada tiga kategori iaitu:
(i) Orang Melayu yang ditakrifkan dalam Fasal (2), Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan;
(ii) Anak negeri Sabah dan Sarawak, ditakrifkan dalam Fasal (6)
Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan; dan
(iii) Orang Asli seperti yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan.
Setakat ini, kriteria untuk memberi kelayakan kepada seseorang itu sebagai bumiputera adalah berdasarkan kepada tiga kategori ini. Bagi negeri Sarawak, Fasa (1)Perkara 44 negeri Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa native dengan izin, has the same meaning as it has in the Federal Constitution for the purposes of the
application of Article 153 thereof to native of the state.
Berhubung dengan kedudukan bumiputera Sarawak, perenggan (6)(a) Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘anak negeri’ bagi maksud negeri Sarawak ialah seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras dengan izin race, yang dinyatakan dalam fasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu. Fasal (7) Perkara 161A memperuntukkan bahawa ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi negeri Sarawak bagi maksud takrif anak negeri
dalam fasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan,Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan,Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), kemudian Lugat, Lisum, Melayu,Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.
Oleh yang demikian, seseorang yang termasuk di bawah ras-ras tersebut adalah termasuk di bawah maksud anak negeri bagi negeri Sarawak dan dengan itu pada lazimnya dianggap sebagai seorang yang berstatus bumiputera. Mana-mana orang yang tidak tergolong dalam takrif anak negeri adalah tidak layak diambil kira sebagai kaum bumiputera Sarawak. Memandangkan kerajaan sering merujuk istilah bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada tiga kategori sebagaimana yang disebut sebelum ini, maka tiada keperluan bagi menambahkan apa-apa kriteria atau kelayakan tambahan bagi maksud penyelarasan terhadap kelayakan status bumiputera.
Pemakaian status bumiputera telah pun diselaraskan dan digolongkan dalam kategori yang berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.Perlembagaan Persekutuan yang terpakai di seluruh Malaysia dengan jelas
menyebutkan kategori orang yang berkelayakan dalam perkara itu adalah muktamad serta dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang yang utama.
Sebagai makluman juga, tafsiran Fasal (6)(a) Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan tidak menghendaki pihak ibu atau bapa atau kedua-duanya digolongkan sebagai anak negeri Sarawak bagi maksud memberi kelayakan kepada anak kelahiran pasangan tersebut. Atas sebab tersebut, pemakaian serta pengiktirafan status
bumiputera di Malaysia adalah selaras menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
(more…)