Semalam saya membuat pendedahan dan menyenaraikan Senarai Bloggers2 upahan Unit Media Baru PBB/BN Sarawak berdasarkan maklumat yang saya terima daripada sumber2 dalaman.Hari ini, saya dikejutkan dengan satu lagi pendedahan ataupun bukti kukuh yang dapat membuktikan kebenaran yang konon nya seperti mana yang di dakwa oleh seorang Blogger Rajahmas di Blogs beliau bahawa semua ini adalah fitnah dan pembohongan semata2.Saya di tuduh sebagai pembohong dan mendakwa saya adalah Blogger Upahan PKR.Hahahaha!!! ![]()
Sungguh kelakar Blogger PBB/BN nie hinggakan saya terus terkentut bertalu-talu.Sejak bila PKR Sarawak mempunyai dana untuk membiayai Blogger/Penulis upahan?Kalau betul bagai di kata,siapa dia,berapa jumlah bayaran nya?Mana bukti nya?Jangan hanya sekadar sedap mulut mengata
Rajahmas merupakan Blogger yang cukup hebat dan dengan lantang mengkritik Kepimpinan PKR Sarawak,yang mana Baru Bian selaku Ketua PKR Sarawak sentiasa menjadi bahan cemuhan.Wahh,hebat sungguh ya,tak sia-sia segala tunjuk ajar yang di berikan oleh Blogger2 UMNO Malaya.Tetapi beliau sungguh bacul sekali setiap kali saya cuba berbicara tentang amalan rasuah dan salahguna kuasa KM Sarawak seperti yang di dedah kan di Sarawak Report.Berani kerana benar,Takut kerana apa ya?Tak mengapa lah,biarlah itu menjadi tanda tanya kepada seluruh warga Sarawak baik di alam siber mahupun di alam nyata
Di bawah adalah kata-kata “Pujian” beliau terhadap saya
Pengayau – Inilah blogger yang paling BANGANG di MALAYSIA!!!

Blogger pembangkang pro-PR sekarang makin menggelupur macam cacing kepanasan atas simen. Ada antara mereka mendakwa PBB Sarawak telah mengupah beberapa orang blogger daripada Sarawak untuk menyerang kepimpinan pembangkang khususnya PKR.
Rajahmas tersenarai dalam golongan yang mendapat upah kononnya dibayar RM5,000 satu kumpulan… Wah, macam ni tak payah cari kerja,buat artikel macam Rajahmas selang sehari pun boleh dapat bayaran macam tu lumayan.
Patutlah Pehin Sri difitnah ada harta berbilion ringgit kalau blogger mereka pakar melipat ganda angka sampai macam ini. Lain kali kalau buat artikel tengok fakta sikit, jangan main hentam kromo!!!
Untuk tatapan semua,sila baca dengan teliti artikel di bawah yang di petik dari Sarawak Talk
Bloggers Wanted
Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:
As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.
We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.
Qualified Candidates will be notified within 7 days.
Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.
Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.
We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.
It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.
YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof
Ps:Saya cuba untuk menulis dalam Bahasa Malaysia kerana kebanyakan Blogger/Cybertrooper PBB/BN nie lebih suka berbahasa Malaysia daripada berbahasa Inggeris.Agak nya pengaruh daripada Blogger UMNO kot? ![]()







