"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

November 17, 2009

‘Anwar tidak tahu pasal ekonomi’

Filed under: National Politics — Pengayau @ 3:57 am
Tags:

ade7c3bf7901ab6a0299eef1a3fbc4f6Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

“Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu,” katanya.Dr Mahathir memberitahu pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan, lapor Bernama.

Dr Mahathir berkata, semasa menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : “Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.”

Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri itu “dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan”.Abdul Khalid berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.

Menurut menteri besar Selangor itu lagi, pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar berpengalaman sebagai menteri kewangan dan juga sebagai pengarah dana dan penasihat sebuah bank Islam terbesar di dunia.

Ianya, kata beliau, selari dengan hasrat negeri itu untuk menjadikan Shah Alam sebagai pusat pelaburan dana Islam.

Apa kes pulak Che Det nie?tak habis-habis nak bantai Anwar,dosa apa lah yang besar sangat sampai Che Det tak habis-habis nak kutuk,hina,aib kan Anwar ni.Di sumbat kan dalam penjara sudah,di pukul sampai lebam biji mata sudah,di belasah sampai retak tulang belakang sudah,di telanjang sudah,di pecat sudah,apa lagi yang belum?Kalau betul tidak tahu pasal ekonomi,yang Che Det pegi lantik dia jadi Menteri Kewangan dulu buat ape?Masa Kegawatan Ekonomi  tahun 97-98 dulu bukan main Che Det kutuk,serang dan salahkan si Yahudi George Soros tu.Penyanggak Matawang lah,Spekulator Matawang lah.Tapi yang dalam gambar nie apesal pulak?siap berjabat mesra lagi tue.tak nak pegi maki,hamun,hina,kutuk dia macam yang Che Det cakap dulu?jew-hater-mahathir-and-nazi-george-soros

Dah pencen sekarang nie,sudah lah,umur pun dah “Senja”,entah besok,entah lusa.Semua “Bau Busuk” yang sekarang nie,Che Det punya pasal lah,pasal dulu,Che Det pakar dalam “TUTUP,MENUTUP” nie,sampai kan Si Linggam tu pun Che Det bagi kuasa nak menentukan Perlantikan Ketua Hakim..Memang betul mcm yang Che Det cakap dulu.“Melayu Mudah Lupa”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: