"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 9, 2009

SPRM siasat projek RM6 juta di Sarawak

Stolen from  http://www.malaysiakini.com/news/119316

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah projek pembangunan kerajaan persekutuan bernilai RM6 juta di Sarawak yang disyaki berlaku penyelewengan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah, jenis dan lokasi projek itu memandangkan proses siasatan sedang dijalankan.

“Saya telah diberikan taklimat, saya dapati penyiasatan hanya bertumpu pada satu projek bernilai RM6 juta, setakat ini, kita masih siasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan konvensyen jawatankuasa keutuhan pengurusan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching hari ini.

Abu Kassim berkata tumpuan siasatan ialah kepada pegawai kerajaan dan kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut secara langsung.

Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata agak sukar untuk menyatakan bila siasatan akan selesai kerana memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh.

Sebelum ini Samsiah dipetik berkata setakat ini 17 orang antaranya kontraktor dan sembilan pegawai kerajaan telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, Abu Kassim berkata, mana-mana pihak yang memberi cadangan untuk menambahbaik SPRM perlu menggunakan saluran yang betul supaya tindakan susulan dapat diambil.

Beliau berkata, saluran yang betul ialah dengan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan yang menjadi pembuat dasar bagi sesuatu badan dan agensi kerajaan di negara ini.

“Kita (SPRM) hanya pelaksana undang-undang dan bukan pembuat dasar,” katanya, mengulas saranan Pemuda Gerakan Kedah semalam yang mahu SPRM mengumumkan hasil siasatan kes yang tidak didakwa di mahkamah bagi mengelakkan spekulasi.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata tindakan tersebut akan membuktikan SPRM telus dan menepis segala persepsi negatif yang kini menjejas imej SPRM. BERNAMA

We just wait and see what will happen next.I believe it would be better if they can reveal who are those Senior Government Official which has been involved in this Daylight Robbery.Ironically,all this thing has happened for so long time ago.

It is an Open Secret to the Publics on how there is no proper Tender System when awarding Federal Projects to Contractors,and why only now that they found out?Some sort of SHOWTIME by this newly formed MACC A.K.A ACA??

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: