"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 11, 2009

PM saran kod etika blog

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 12:15 pm
Tags:
Stolen from http://www.malaysiakini.com/news/119597  
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru atau Internet memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.Perdana menteri berkata medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.”Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit,” kata beliau dalam blognya http://www.1malaysia.com.my semalam.Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:- Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat,
– Jangan sekali-sekali menciplak,
– Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,
– Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,
– Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta,
– Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,
– Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,
– Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,
– Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi,
– Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Najib berkata beliau mendapati piawaian seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada piawaian itu sedapat mungkin.

Oh,sekarang nak menyarankan kod etika untuk para Bloggers?lepas ni?nak melesenkan Blogs supaya Kerajaan Barisan Kurang Rasional ni senang untuk memonopoli dan menguasai Media Alternatif ini dan sudah semesti nya menyekat kebebasan Rakyat untuk mendapat maklumat tentang isu dan perkembangan semasa dan hanya mendapat maklumat dan berita-berita yang hanya di di kehendaki oleh REJIM RASUAH ini?

Apabila media-media yang dikuasai REJIM RASUAH ini melemparkan fitnah dan mendustai Rakyat dengan menyebarkan berita-berita palsu untuk mengaburi dan mempengaruhi pemikiran Rakyat,ada kah terlintas di hati mereka tentang kod etika ini?

Dimana penipuan dalam bentuk penyampaian maklumat yang setiap hari di gembar-gemburkan menerusi media arus perdana yang di kuasai sang pemerintah ini,di manakah kod etika atau paling tidak pun Moral Duty?

Media2 arus perdana tidak ubah seperti perkakas2 sang pemerintah untuk menguatkan cengkaman dan pengaruh kuasa lantaran kerakusan nafsu untuk terus berkuasa dan melindungi pekung2 rasuah semakin berleluasa.Ini telah terbukti di mana ada 3 ahli dari Pakatan Rakyat telah berjaya dan menang dalam saman mereka terhadap media2 arus perdana yang dikuasai Kerajaan Barisan Kurang Rasional ini.

Sesungguhnya kewujudan Blogs2 dan Laman Web yang memberikan Sumber maklumat alternatif ini adalah salah satu bentuk pembebasan Rakyat daripada di belengu penguasan sang pemerintah yang tidak ubah seperti salah satu bentuk Komunisma di mana pemikiran Rakyat cuba untuk di kawal dan di pengaruhi untuk kepentingan politik semata2 dan boleh di katakan melanggar Hak Asasi manusia.

Rakyat berhak mendapat akses kepada mana2 sumber berita ataupun maklumat,terpulang lah kepada kebijaksanaan Rakyat untuk menganalisis dan menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu berita pada tanggapan mereka sendiri.Mengapa perlu seseorang yang berkuasa cuba untuk membetulkan atau mengubah pandangan Rakyat yang dengan tujuan hanya untuk Kuasa semata2?

Apa kah salah jikalau kita mempunyai perbezaan pendapat atau pun pendirian tentang sesuatu isu?Di manakah letak nya KEBEBASAN MEDIA?Ini merupakan salah satu bentuk penindasan atau bahasa yang lebih tepat “Slavery Of The Mind”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: