"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 20, 2009

Tindakan terhadap ahli parlimen BN ponteng

Filed under: National Politics — Pengayau @ 1:17 am
Tags:

http://www.malaysiakini.com/news/120126

Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil memandang serius perkara itu, perdana menteri dilaporkan berkata arahan sudah diberikan supaya semua timbalan menteri dan ahli parlimen hadir pada persidangan itu.

“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya.

“Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” Najib dipetik berkata pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi.

Beliau mengulas majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam Isnin lalu.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.
Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

This has proven that the BN MPs were merely a Benchwarmers and it also proven their CREDIBILITY.They do not need to be DISCIPLINED by their HEADMASTER.Just keep it up and from day to day the Rakyat will know exactly what are they doing as ELECTED REPRESENTATIVE in the PARLIAMENT.Action Speaks Louder Than Words!!

Just wondering about the attendance of our Sarawak MPs in Parliament and has they played their role effectively as REPRESENTATIVE of the RAKYAT and specifically did they take parts in the DEBATES?It is very often that we saw our Sarawak MPs is the most silence MPs in Parliament and to make things worse,some of them are CAUGHT SLEEPING!!!!But credits should be given to Sabah MPs for they had been seen very vocal and consistently when higlighting their plights.

3 Comments »

  1. Tak perlu ambil tindakan. Biarkan sebab mereka bukannya berkhidmat dengan sepenuh hati untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri. Kalau murid-murid ada yang ponteng sekolah, apa bezanya dengan ahli dewan undangan rakyat.

    Comment by uchutedung — December 22, 2009 @ 6:20 pm | Reply

  2. Perkara DASAR di sini adalah TANGGUNGJAWAB mereka sebagai Wakil yang di pilih RAKYAT dan adalah satu KEWAJIBAN bagi mereka untuk BERPEGANG kepada mandat yang di amanahkan oleh RAKYAT.Tetapi ironi nya di sini,mereka tidak mencerminkan KREDIBILITI sebagai Pemimpin dan jauh sekali sebagai Wakil RAKYAT dalam erti kata yang sebenar nya.

    Jika begini lah sikap mereka ini,maka mereka semua haruslah DI BANGUNKAN agar tidak lagi leka di buai mimpi yang INDAH dan sesungguhnya Keputusan Pilihanraya Umum yang lepas telah memberi kan isyarat jelas daripada RAKYAT yang menuntut PERUBAHAN dan justeru itu mahu Wakil mereka BANGUN DARI TIDUR!!!

    Comment by Pengayau — December 23, 2009 @ 11:18 pm | Reply

  3. Wow, hot information about this good topic. Will please tell me how long time it would take? Because I am willing to write some thesis papers or may be that will be much better to choose the thesis writing. Thank you so much.

    Comment by bO26Ellie — December 25, 2009 @ 11:13 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: