"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 23, 2009

Sakit sana,Sakit sini,Sini sakit,Sana sakit,semua sakit

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 10:47 pm
Tags: ,

http://www.malaysiakini.com/news/120471

‘Dedahkan kontraktor projek sakit’

Kerajaan digesa mendedahkan kepada umum bilangan kontraktor dan jumlah denda yang mereka bayar kerana gagal menyiapkan projek masing-masing.Pengerusi biro pusat kesihatan dan pembangunan sosial Gerakan, Datuk Dr Ng Keong Chye berkata, demi ketelusan dan akauntabiliti, rakyat mesti diberi gambaran sebenarnya tentang apa yang berlaku.”Malah kerajaan harus memberi amaran kepada kontraktor terbabit bahawa nama mereka akan diedahkan kepada umum jika mereka terus gagal menyiap projek, yang membabitkan jumlah besar wang pembayar cukai,” katanya dalam satu kenyataan.Dr Ng, yang juga ADUN Ketari berkata, kerajaan juga harus mendedahkan nama kontraktor yang perkhidmatan mereka telah ditamatkan dan seharusnya disenaraihitamkan dari terus menyertai tender projek kerajaan.

“Sudah sekian lama kita mendengar aduan para menteri atau pegawai kerajaan bahawa projek kerajaan lewat disiapkan kerana beberapa sebab, terutama kerana ketidakupayaan kontraktor menyiapkan projek mereka.

“Kita mahu melihat lebih banyak tindakan konkrit diambil,” kata Dr Ng lagi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 18 daripada 86 projek infrastruktur di bawah kementeriannya gagal disiapkan dan dianggap sebagai ‘projek sakit’

Katanya, semua projek sakit tersebut sama ada projek baru ataupun projek naik taraf yang masing-masing bernilai RM5 juta ke bawah.

Semua ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana isu ini telah berulang kali terjadi dan nampak seperti tiada berpenghujung dan jauh sekali melihatkan kesungguhan Kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan drastik untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi

1.Apakah kriteria2 yang telah di tetapkan Kementerian sebelum menganugerahkan sesuatu kontrak kepada kontraktor?

2.Adakah Projek2 ini di pantau oleh Kementerian dari masa ke semasa untuk memastikan Projek ini berjalan seperti yang di jadualkan dan di rancang kan?

3.Apakah tindakan yang telah di ambil oleh Kementerian terhadap Kontraktor2 yang gagal menyiapkan Projek2 seperti yang di jadual kan?

4.Apakah yang dapat membuktikan bahawa penganugerahan Projek2 ini oleh Kementerian adalah mengikut prosedur yang sah?

5.Apakah tindakan ataupun langkah2 oleh Kementerian untuk mengelakan PEMBAZIRAN DANA AWAM seperti ini berulang lagi di masa depan?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: