"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 29, 2009

KM Sarawak selar pembangkang ‘lapar kuasa’

http://www.malaysiakini.com/news/120772

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

“Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

“Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata ahli politik pembangkang membuat janji-janji kosong dan mendakwa mereka boleh melakukan keajaiban bagi menggembirakan rakyat dan pengundi.

Sebagai contoh, mereka mendakwa boleh melindungi pelbagai perkara, mendapatkan lebih banyak wang daripada pembangunan tanah adat dan sebagainya, katanya.

“Masa depan rakyat, dengan kesedaran bahawa lebih baik mereka menyokong BN berbanding ahli politik pembangkang yang banyak bercakap. Mereka tidak dapat buktikan kemampuan mereka untuk membantu rakyat,” kata Taib di majlis perasmian mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Sementara itu, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom menyeru semua komponen parti BN bekerjasama dari peringkat atas hingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang cabaran dan kritikan yang boleh menggugat keutuhan BN dan menukar corak politik negeri Sarawak.

“Tidak ada satu parti komponen boleh menganggap bahawa dia adalah lebih penting atau berkuasa daripada yang lain. Dalam keadaan susah atau senang, kita mesti bersatu dalam BN,” katanya.

Untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Mawan menyeru pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk menangani isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan alam sekitar yang dimainkan pembangkang untuk memesongkan rakyat, khususnya di luar bandar.

“Saya berharap pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengambil tindakan proaktif dengan memberi penerangan lengkap kepada penduduk di luar bandar melalui sesi dialog dan perjuangan sosial di peringkat akar umbi untuk memastikan penyokong dan penduduk di luar bandar tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang,” katanya. BERNAMA

1.BN nadai kala Ngasut Rakyat

2.BN nadai kala Ngugut Rakyat

3.BN nadai kala bejaie ke Penyakal

4.BN nadai kala Gila Kuasa

5.BN nadai kala nabur ke Semaia Bula ngagai Rakyat

6.BN nadai kala Ngerampas Tanah Rakyat

7.BN nadai kala bula senentang Ngemansang ke Tanah

8.BN  aja ulih niki ke duit Royalti Minyak kitai Sarawak

9.BN aja ulih Nyerakup ke kitai Dayak

10.BN aja bendar Ngangkat,Ngidup,Nulung Rakyat

11.BN aja meh Parti ti manah,anang nyukung Parti Penyakal

12.BN udah mayuh meri NCR Land ngagai Rakyat

13.BN enda semina nemu bejaku rauh2 baka Penyakal

14.BN aja ulih mai PEMANSANG!!!!!!!

 

”Undi meh Barisan Nasional,Manah Ke Nuan,Manah Ke Aku,Manah Ke Semua Kitai,Ngambik Ke Kitai Sama Nyingkang,Sama Mansang Dalam Malaysia”

 

Ohh Haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: