"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 30, 2009

Timb menteri: Anak Sarawak ganti Sulaiman

Repost from http://www.malaysiakini.com/news/120770

Anak kelahiran Sarawak akan mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman
Abdul Rahman Taib, kata perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

“(Nama) lebih kurang (tahu) tapi tidak boleh umumkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.

Pada 10 Disember lalu, Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga timbalan ketua pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai timbalan menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri, dan apabila Najib mengambil alih jawatan perdana menteri April tahun ini, Sulaiman dikekalkan.

Sulaiman adalah anggota parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya. BERNAMA

2 Comments »

  1. Who else? It is PBB’s quota..beli-beli Najib bejako

    Comment by EnsingJara — December 31, 2009 @ 9:36 am | Reply

  2. send email to as follow adrres
    my_saratok01@yahoo.com

    ari aku ,Semadi_nadai^SAID

    Comment by Semadi_nadai^SAID — January 5, 2010 @ 2:33 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: