"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

January 8, 2010

Demo ringkas bantah guna ‘Allah’ di tiga masjid

Taken from MalaysiaKini 

Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi. 

   Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.

Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.

Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, ‘Jangan cabar toleransi Islam’ dan ‘Kalimah Allah hanya untuk kami’, selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan. 

 Di Shah Alam, beberapa orang mkelihatan melepaskan kemarahannya terhadap ahli parlimen PAS bagi Shah Alam, Khalid Samad, yang bersetuju istilah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sementara itu, lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan dalam dewan solat utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai membantah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Tiga orang berucap di perhimpunan tersebut, termasuk yang dipertua PIMPINAN – persatuan yang mewakili imam dan pegawai masjid serta jurunikah di Selangor.

Dua lagi yang turut berucap ialah Yang Dipertua Abim Selangor, Zawawi Ahmad Mughni dan Zamri Mohd Shafik yang juga pengerusi persatuan ulama Malaysia cawangan Selangor.

Perhimpunan tersebut dipengerusikan oleh Mahadi Mohamad yang juga pengerusi Pusat Darul Fitrah.

Sementara itu, imam besar masjid berkenaan, Ahmad Mustafa Mohd Sidin memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu pada asalnya hendak diadakan di kawasan perkarangan masjid.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak dibenarkan oleh pihak polis sewaktu mengadakan pertemuan dengan beliau Rabu lalu.

Ahmad juga mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan perhimpunan tersebut untuk tujuan politik mereka.

Beliau merujuk kepada mereka yang berhimpun di luar masjid yang membawa kain rentang mengecam Khalid Samad serta tindakan pihak yang turut kain rentang yang sama, ke tempat perhimpunan di dalam masjid tersebut.

“Kita tak bias kepada mana-mana parti politik,” katanya sambil menambah bahawa itu adalah jaminannya kepada pihak polis. 

   Bantahan terhadap penggunaan nama Allah oleh bukan Islam turut dibangkitkan dalam khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dibaca oleh Ahmad hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: