"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

January 8, 2010

Tidak teragak-agak guna ISA isu ‘Allah’

Taken from MalaysiaKini

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini malah sedia menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalangnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata kerajaan menjamin keselamatan seluruh rakyat termasuk warga asing yang berada di negara ini.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga membangkitkan rasa bimbang.

“Saya jamin keselamatan bukan hanya kaum minoriti tetapi sesiapa pun di Malaysia termasuk warga asing. Keselamatan adalah teras tanggungjawab dalam urusan kementerian ini,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan tahap keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau mengulas mengenai insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

“Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk, kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA.

“Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi,” kata Hishammuddin.

Mengenai isu penggunaan kalimah Allah, beliau berkata: “Pemimpin negara telah berjumpa dengan ulama dan pihak gereja untuk menerangkan dan berbincang mengenai isu tersebut.

“Ia adalah satu pendekatan yang bijaksana untuk memastikan keselamatan negara tidak tergugat.”

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap.

“Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional,” katanya.

Beliau berkata insiden pertama berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah.

“Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan,” katanya.

Musa berkata kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau berkata bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku.

“Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu.

Justeru saya menasihatkan kepada semua pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019 28 23 701 agar kita boleh bertindak segera,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram.

Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan.

Then PROVE to us that

1.The Government is just doing FAIR in this issue and no Political Agenda

2.The Government is using  the best APPROACH in this issue

3.The Government is SINCERE to find a SOLUTION to this issue

4.The Government is UPHOLDING the Rule Of LAW in this country

5.The Government is TAKING CARE the interest of members of the Public

6.The Government is SAFEGUARD every Rights of every Citizen of this Country

7.The Government is UPHOLDING the true principe of DEMOCRACY

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: