"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

January 13, 2010

Kes CD ‘Allah’ milik wanita Kristian 15 Mac

 Taken from  http://www.malaysiakini.com/news/121737

Permohonan seorang wanita Kristian dari Sarawak yang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas lapan cakera padat mengenai ajaran Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’ ditetapkan untuk sebutan pada 15 Mac ini.

Kes itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Datuk Mohamed Apandi Ali tetapi disebabkan beliau mempunyai perbicaraan kes lain, ia dipinda kepada sebutan bagi pengurusan kes.

 

 Tarikh itu ditetapkan di kamar Penolong Kanan Pendaftar Nik Mohd Fadli Nik Azlan dengan kehadiran peguam Annou Xavier (kiri) yang mewakili Jill Ireland Lawrence Bill dan Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan.

Pada 15 Mac nanti, defendan dikehendaki memfailkan afidavit jawapan.

Pada 20 Ogos 2008, Jill, 27, seorang kerani, memohon perintah certiriori bagi membatalkan keputusan kementerian itu merampas CD berkenaan, selain perintah mandamus bagi mengarahkan kementerian memulangkan CD itu kepadanya, dan perisytiharan bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan ‘Allah’.

Wanita itu mengadu bahawa pada 11 Mei tahun lepas, kementerian merampas CD berkenaan daripadanya sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.

CD itu mempunyai tajuk seperti ‘Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah’, ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’ dibawa masuk dari Indonesia.

It all has been CLEARLY STIPULATED in this Article!!!

Article 11

Though Islam is the religion of the Federation, Article 11 provides that every person has the right to profess and practice his own religion. Every person has the right to propagate his religion, but state law and, in respect of the Federal Territory, federal law may control or restrict the propagation of any religion, doctrine or belief among persons professing the Muslim religion. There is, however, freedom to carry on missionary work among non-Muslims.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: