"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

March 31, 2010

Hari Perpaduan Nasional??

Taken from MalaysiaKini

‘Jangan usik Hari Malaysia’

 

Cadangan pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M), Chandra Muzaffar pada Rabu lalu agar Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept setiap tahun digantikan dengan Hari Perpaduan Nasional mendapat reaksi negatif, khususnya di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak.

 Antara yang lantang menentang cadangan itu ialah naib presiden PKR, Jeffrey Gapari Kitingan yang mempersoalkan kewajaran dan kebijaksanaan cadangan itu.Beliau seterusnya mempersoalkan isu hak rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menimbulkan kuasa autonomi, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia.

“Selepas sekian lama berjuang dan bersusah-payah bagi mendapatkan pengiktirafan dariapada kerajaan persekutuan untuk hari Malaysia, mengapa harus kita korbankan semua itu untuk kepentingan pihak lain,” persoal Jeffrey yang juga adalah bekasa tahanan ISA.

“Perpaduan nasional”  harus bermula dengan politik yang menyatukan semua sebagai rakyat. Ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengketepikan sejarah dan realiti politik.”

Hari Malaysia, menurut Jeffrey adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang mengikrarkan hak Sabah dan sarawak, termasuk kuasa autonomi menerusi Perkara 20.

“Setiap Hari Malaysia, adalah peluang sekali dalam setiap tahun bagi menilai semula kebaikan dan keburukan keputusan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia,” tegasnya. 

 Beliau membidas Chandra yang mengemukakan cadangan itu yang didakwanya bertujuan menyelamatkan Umno daripada malu besar kerana membantu British mengheret Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia yang disifatkannya sebagai idea yang buruk.

“Maka tidak hairanlah, ketika itu Presiden Sukarno dari Indonesia menentang Malaysia kerana ia bentuk penjajahan baru terhadap Sabah dan Sarawak?”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: