"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

June 15, 2010

YB Wong Ho Leng Maiden Speech in the Parliament

 

Taken from Parliament Hansard 14/6/2010  http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-14062010.pdf

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Saya ingin membangkitkan beberapa isu di Dewan yang mulia ini. Isu yang pertama ialah isu serius – isu rasuah di Malaysia dan di Sarawak. Tuan Yang di Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh akan membentangkan pembangunan negara kita untuk lima tahun yang akan datang. Statistik kejadian rasuah bagi 10 tahun yang lalu menunjukkan usaha-usaha untuk memerangi rasuah telah gagal dengan teruk. Gejala rasuah semakin serius dan berleluasa. Jika rasuah tidak dikawal, Malaysia akan bankrap pada tahun 2019, bukan kerana subsidi tetapi rasuah. Hakikatnya komposit indeks rasuah telah jatuh dari tangga ke-47 pada tahun 2008 pada tangga ke-56 pada tahun 2009. Ini membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan ini di bawah Najib juga gagal dalam usaha memerangi rasuah…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak boleh sebut nama.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Sibu, you orang baru, Yang Berhormat Sibu. Orang baru, ini ada belajar?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Okey, duduk, duduk. Ini floor saya.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tidak payah usik-usiklah, Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tuan Yang di-Pertua …

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mahu jagalah sedikit. Orang Melayu kata, ada budi bahasalah masuk rumah baru. Jangan hendak tunjuk jadi herolah.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tidak bagi. Tidak bagi.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tidak payah kacau.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kamu senyap, kamu senyap.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat Sri Gading,

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Sila duduk. Lain kali. Lain kali. Contoh kes rasuah banyak seperti skandal PKFZ, enjin jet yang hilang dan dijumpai di Uruguay.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu isu lamalah.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kapal selam yang tidak dapat menyelam yang dibeli daripada Perancis.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ada cerita barukah, cerita baru?

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Isu pasir pun tidak selesai.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Sebanyak 60% daripada tabung pembangunan yang telah lesap.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu Yang Berhormat Bandar Kuching sudah bawa lamalah.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Serta tidak disalurkan kepada kumpulan sasaran dan banyak lagi. Sudah tentunya rakyat Malaysia akan bersetuju bahawa negara ini memang berada dalam senario burning platform apabila tiada seekor pun ’ikan besar’ berkaitan dengan skandal PKFZ ditahan, maka ’ikan besar’ dalam kes-kes rasuah di Sarawak turut akan terlepas. Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri yang berkhidmat paling lama di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981 dan beliau masih Ketua Menteri pada tahun 2010 iaitu selama 29 tahun. Kebanyakan kes rasuah di Sarawak boleh dikaitkan dengan projek-projek yang diberi kepada syarikat syarikat ahliahli keluarga Ketua Menteri Sarawak. Politik pembangunan ala Taib adalah politik diskriminasi, nepotisme dan rasuah.

Dasar kerajaan dalam isu tanah dan tanah NCR dan juga dasar pemberian konsesi kayu balak dan kontrak-kontrak kerajaan semuanya tidak memihak kepada keperluan dan kepentingan rakyat. Selain daripada ahli-ahli keluarga Ketua Menteri, ramai pemimpin SUPP yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Ketua Menteri juga menjadi sangat kaya. Banyak masalah yang dihadapi oleh Sarawak boleh dikatakan disebabkan oleh kuasa mutlak yang tertumpu pada seorang Ketua Menteri untuk tempoh yang terlalu lama. Ketiga-tiga kementerian yang paling berkuasa di Sarawak ialah Pejabat Ketua Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber. Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga kementerian ini diketuai oleh satu orang – Taib Mahmud. Dalam Bajet Negeri 2009, daripada Operating Expenditure Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM1,189.6 juta, RM590.2 juta ataupun lebih kurang setengah diperuntukkan kepada ketiga-tiga kementerian yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak dan yang tertinggal hanya RM599.4 juta ataupun 50.4% untuk dikongsi oleh sepuluh buah kementerian yang lain.

Penumpuan kuasa dan sumber dana dalam tangan satu individu adalah tidak sihat dan tidak berpatutan demi pembangunan demokrasi di Sarawak. Memetik kata-kata Lord Acton, dengan izin, “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely.”… [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, DAP dan Pakatan Rakyat memperjuangkan urus tadbir yang baik. Rekod urus tadbir di bawah Taib Mahmud dan Barisan Nasional adalah sangat buruk. Syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud menguasai kebanyakan kontrak dan kegiatan perniagaan yang memberikan keuntungan lumayan kepada mereka, manakala rakyat dan peniaga-peniaga kecil menghadapi beban kehidupan yang sangat sukar. Tiga syarikat yang telah meraih keuntungan yang tinggi ialah:

(i) Kumpulan Syarikat-syarikat CMS;
(ii) Naim Cendera Sdn Bhd; dan
(iii) Titanium Management Sdn Bhd.

MACC tidak patut pilih kasih, ia seharusnya menyiasat semua yang disyaki terlibat dalam rasuah termasuklah pemberian kontrak kerajaan pusat dan negeri di Sarawak.

Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, isu banjir. Banjir sentiasa berlaku di Sarawak, Ahli-ahli politik telah bercakap tentang isu ini bertahun-tahun tetapi nampaknya kerajaan persekutuan tidak mengambil serius masalah ini. Kami diberitahu bahawa dua projek utama telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di kawasan Kuching. Projek-projek … See Moreini ialah Kuching Flood Mitigation Project dan Bau Town Mitigation Project. Di Sibu pula ada, Sibu Flood Mitigation Project. Di Bintulu, Barisan Nasional telah mengenal pasti pelbagai kerja-kerja baik pulih sistem saliran untuk Sungai Plan Besar dan Sungai Sebiew Catchment. Di Miri, Barisan Nasional berkata bahawa terdapat Miri Town Drainage Master Plan Study. Setakat mana projek-projek pengurangan bencana banjir ini berjaya? Rancangan Malaysia Kesembilan telah berakhir dan kami langsung tidak nampak kesan pengurangan banjir di bandar-bandar utama di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, bagi 15 tahun yang lalu, banjir kerap berlaku di Sibu. Sebab utama Sibu mengalami banjir ialah bahagian sungai yang tersendat atau bottleneck dengan izin, dan silted di sepanjang dasar Sungai Rajang yang disebabkan oleh indiscriminate logging di Rajang River, in the 1980’s. Di tempat-tempat tertentu, di tengah sungai yang pernah saya ukur, Sungai Rajang hanya sedalam 6 ½ kaki. Cara penyelesaian yang paling praktikal untuk mengatasi banjir di Sibu ialah melebarkan bahagian sendat dan mengorek dasar sungai bagi mendalamkannya.

Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir telah mengakibatkan kerugian harta berjuta-juta ringgit di Sibu setiap tahun. Walaupun penduduk Sibu sering merayu kepada kerajaan supaya meluluskan kerja-kerja mengorek dasar Sungai Rajang dan melebarkan bahagian sendat, tetapi kerajaan telah bermati-matian tidak mempedulikan rakyat Sibu. Berdasarkan data pada tahun 2001, jumlah kelodak yang mengalir dari hulu Sungai Rajang dan cabang-cabangnya lebih kurang 60 juta metrik tan setahun tetapi, berdasarkan data Bahagian Tanah dan Ukur, jumlah pasir yang di ekstrak daripada Batang Rejang dan Batang Igan dari tahun 2002 hingga Mac 2008 hanya berjumlah 3.085 juta metrik tan. Amat jelas banjir di Sibu disebabkan oleh pengelodakan.

 Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Barisan Nasional telah mencadangkan supaya membina permatang atau benteng dengan meninggikan paras jalan raya di Sibu. Walau bagaimanapun, apakah gunanya meninggikan paras jalan raya apabila air terus membanjiri rumah-rumah yang berada pada paras yang lebih rendah? Jika sungai ini tersekat dan tidak mengalir dengan sempurna kerana pengelodakan, maka cara penyelesaiannya ialah dengan mengorek sungai. Jika seseorang yang arteri jantung tersekat, maka solution nya ialah dengan menjalankan angioplasti sebelum dia mati. Sungai Rejang sudah ‘jatuh sakit’ tetapi ia ialah ‘talian hayat’ atau lifeline bagi penduduk Sibu. Kerajaan harus menyelamatkannya dari ambang maut. Bolehkah Kerajaan Pusat menjelaskan sebab mengapa pelan pengurangan banjir untuk Sibu tidak termasuk kerja-kerja pengorekan Sungai Rajang?
Kontraktor-kontraktor dan pemaju-pemaju boleh mengorek pasir dari dasar Sungai Rejang untuk kegunaan pembangunan perumahan. Pasir merupakan bahan yang penting, maka harga perumahan akan jatuh. Ini adalah satu keadaan ‘menang-menang’ atau ‘win-win situation.’ Sekarang baru saya ketahui bahawa RM300 juta untuk pengurangan banjir diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Ada kalanya jumlah yang tersebut adalah sebanyak RM400 juta. Pemimpin Barisan Nasional juga pernah menyebut bahawa jumlah itu adalah hanya sebanyak RM237 juta. Mengapakah terdapat perbezaan dalam angka tersebut?

Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah keperluan pekerjaan. Dalam muka surat 13, RMKe-10, ia berbunyi “we need tp leverage not only in Malaysians in the country but also those outside. The Government will establish a Talent Corporation, which will have as one of its key functions, the task of actively sourcing top talent including among the Malaysian diaspora.” Ramai pekerja profesional dan bukan profesional dari semua kaum meninggalkan negara ini kerana kekurangan peluang pekerjaan, rasuah, kekurangan demokrasi dan dasar-dasar Barisan Nasional yang tidak adil. Brain drain dengan izin, menghalang pelaburan di Malaysia dan mengurangkan daya persaingan sedunia. Jika negara ini terus mengamalkan rasuah, jika negara ini tidak memberi harapan kepada rakyat dan jika tiada peluang pekerjaan yang sama tanpa mengira kaum dan agama, maka Talam Corporation akan gagal menarik rakyat Malaysia yang berbakat kembali ke negara kita. Punca masalah ini mesti diatasi. Kita mesti memastikan bahawa mereka tidak akan meninggalkan negara ini dan bukannya meminta mereka kembali ke negara ini. Seorang pelayar Internet menulis blog pada 24 Disember 2009: “A higher salary overseas is undeniably a factor in Malaysians who choose to stay abroad upon graduating but for a lot of peoples; it is hardly the main factor. Many of us have families and friends back home and would gladly accept less pay to be at home if it wasn’t for the overtly discriminatory policies which have remained unchanged and probably will continue on in the foreseeable future. I am fresh medical graduate working in the UK and I will openly admit that under today’s circumstances I would not consider working back homes even if the salary is similar or higher, even. Besides, if I’m going to be treated as a foreigner in my own country, why not be a foreigner elsewhere and earn better pay while at it? ”

Ini bukan pilihan kita untuk menarik balik bakat asing. Kita ada kira-kira 100,000 siswazah yang tidak ada pekerjaan. Apakah kita akan buat dengan mereka ini? Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, terdapat kekurangan pekerjaan yang amat teruk di Sibu. Pemuda-pemudi mencari greener pasture dengan izin di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Singapura. Saya setuju bahawa kerajaan mesti berubah untuk mengubah Malaysia, ini di dalam muka surat 65. Saya percaya bahawa rakyat boleh membuat perubahan melalui Pakatan Rakyat. Hanya Pakatan Rakyat yang mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabiliti, dan telus (CAT)… [Tepuk] Negara kita hanya boleh memupuk, menarik dan mengekalkan bakat melalui pentadbiran CAT…

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: … Pasir sudah jumpa?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Isu yang keempat Tuan Yang di-Pertua, pendidikan universiti. Untuk mana-mana masyarakat terus membangun, kerajaannya mesti menjaga kepentingan generasi akan datang. Pelaburan bijak harus dilakukan ke atas bidang pendidikan, khasnya pendidikan tinggi (tertiary). Di bawah RMKe-10, kerajaan merancang untuk membangunkan … See Moreinstitusi-institusi pendidikan kelas dunia terutamanya universiti tetapi, bagaimanakah Sibu dapat menikmati faedah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini jika ia tidak mempunyai universiti? Bintulu ada satu kampus cawangan universiti, Mukah mempunyai kampus cawangan universiti, Miri dan Kuching ada kampus universiti, tetapi Sibu tidak mempunyai sebarang universiti walaupun SUPP telah berjanji sejak tahun 1996. Dalam Pilihanraya Parlimen 2008, SUPP berjanji Kolej TAR akan dibina di Bintangor jika calonnya menang di Sarikei. Walau bagaimanapun, janji ini tidak diakui oleh SUPP.

Pada tahun 2001, SUPP berjanji untuk memperkenalkan University of South Australia, tetapi janji ini sekali lagi menjadi satu pembohongan. Ini hanya menunjukkan bahawa SUPP dan Barisan Nasional tidak boleh dipercayai apabila ia membuat janji. Dalam Pilihanraya Kecil Sibu yang lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kolej Laila Taib akan dinaiktarafkan menjadi sebuah universiti pada tahun 2012. Akan tetapi, bagaimanakah ia boleh menjadi sebuah universiti yang bagus dan berkelas dunia jika ia dinaiktarafkan dari sebuah kolej kepada sebuah universiti demi pilihan raya kecil. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya sebuah universiti lengkap dibina di Sibu. Ia mesti cukup berkualiti untuk memenuhi keperluan Sibu. Kaum ibu bapa Sibu faham bahawa mereka perlu melabur untuk pendidikan anak mereka. Mereka tiada pilihan dan terpaksa menghantar anak mereka belajar di luar Sibu kerana tiada universiti di Sibu.

Tuan Yang di-Pertua, masalahnya hanya lima peratus siswazah kembali ke Sibu. Terdapat penghijrahan brain drain yang genting di Sibu. Anak-anak tidak kembali kerana di bawah Barisan Nasional, Sibu tidak memberi sebarang harapan. Ibu bapa tidak dapat berjumpa dengan anak mereka kerana anak mereka tidak kembali. Sibu ialah satu burning platform. Inilah sebabnya pengundi Sibu mempunyai hasrat yang membara untuk mengundi perubahan. Inilah sebabnya kita memerlukan Pakatan Rakyat.

Isu kelima Tuan Yang di-Pertua, royalti petroleum. Sabah dan Sarawak sepatutnya sama-sama menikmati hasil pendapatan tinggi negara. Satu isu yang sering mendapat perhatian rapi rakyat Sarawak dan Sabah adalah isu royalti petroleum. Tuan Yang di Pertua, mengikut perjanjian yang dicapai dalam tahun 1976, Sabah dan Sarawak hanya diberikan lima peratus royalti petroleum sebagai pertukaran hak eksploitasi di Sabah dan Sarawak. Lima peratus royalti petroleum adalah tidak adil. Ia terlalu rendah untuk kedua-dua negeri ini. Dalam muka surat 216 – A Life Twice Lived: A Memoir oleh mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak menulis, dengan izin; “Negotiation on Oil and Gas Sarawak’s relationship with the Federal Government was fairly good but, there were conflicting views on the States ownership of the extensive gas and oil reserves which are found on the continental shelf, off the coast of Sarawak. We, in Sarawak, maintained that all rights should belong to the State but, the Federal Government, for obvious reasons, had a different view. We put up a strong representation to the extent of referring the issue to the Court and obtaining Queen Counsels opinion. The matter was partially resolved by the proposal to share the royalty from oil and gas extracted and to establish a National Petroleum Corporation in which Sarawak was to be given a certain share. However, the vital question remained as to what exactly Sarawak’s share of royalty would be. Abdul Rahman Yakub and I had numerous meetings with the Prime Minister, Tun Abdul Razak, the Finance Minister, Tun Tan Siew Sin and other officials, but with little progress. During our negotiations our position on royalty was severely weakened when the Federal Government somehow managed to get Tun Mustapha Harun, the Chief Minister of Sabah, to agree to a paltry 5% as royalty for Sabah’s oil and gas extracted. How could he agree to such ludicrous terms on behalf of the State? The Prime Minister, Tun Razak, then appealed to Sarawak to follow suit on the ground of national interest. He maintained that the Malaysian Royal Navy would have to bear the expenses of safeguarding the continental shelf. We reluctantly accepted the terms. But to many Sarawakians, this inequitable arrangement amounted to a give-away of our precious natural resources.”

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak mendakwa bahawa mereka telah berkali-kali meminta supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar lima peratus itu. Ini bermakna, Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di Sarawak juga bersetuju bahawa kadar lima peratus adalah terlalu rendah tetapi, mengapakah Kerajaan Persekutuan enggan mengkaji kadar tersebut sungguhpun kadar lima peratus telah diguna pakai selama 30 tahun lamanya. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan hakikat bahawa Sarawak dan Sabah masih mundur secara perbandingan, Kerajaan Persekutuan sememangnya harus menambah kadar royalti petroleum dari lima peratus menjadi 20 peratus. Sekiranya Pakatan Rakyat menang kuasa dalam pilihan raya Persekutuan, kami akan memberikan 20 peratus royalti petroleum kepada rakyat Sabah dan Sarawak…

[Tepuk] Sabah merupakan negeri paling miskin di Malaysia. Rakyat Sabah bukan sahaja tidak berpeluang menikmati hasil kekayaan petroleum negeri, malah menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik yang menjadi-jadi. Sarawak merupakan negeri keempat paling miskin di Malaysia. Kami tidak akan menjadi begitu miskin sekiranya Kerajaan Persekutuan melayan kami dengan adil. Tuan Yang di Pertua, Perdana Menteri berkali-kali berkata bahawa Sarawak dan Sabah merupakan dua negeri fixed deposit Barisan Nasional. Adakah Kerajaan Barisan Nasional melayan Sabah dan Sarawak setara dengan sumbangan kami? Kekayaan petroleum dari Sabah dan Sarawak telah dihisap dan dihabiskan untuk membina Twin Tower dan Putrajaya. Tahun lepas, kerajaan menyerahkan kawasan yang kaya dengan petroleum di Blok L dan Blok M kepada Brunei. Kerugian yang dihadapi Malaysia berjumlah RM320 bilion. Sarawak rugi kerana tidak lagi mendapat pendapatan dari Blok ‘L’ dan Blok ‘M’ ini. Rakyat Sarawak berhak diberitahu, mengapakah kedaulatan negeri mereka dikompromikan dan rizab petroleum kami diserahkan kepada Brunei. Mengapakah kerajaan dan rakyat Sarawak tidak dirunding dalam hal ini? Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ada lima minit lagi, Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Ya. Sarawak merupakan koloni yang terbiar. James Wong Kim Min, Tuan Yang di-Pertua, bekas Menteri di Sarawak yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan negara Malaysia berkata dalam muka surat 11 – The Birth of Malaysia, dengan izin. “I would like to repeat and emphasize again, that Malaysia is a Nation formed… See More of equal partners, Sarawak did not join; but Sarawak formed Malaysia together with Malaya, Sabah and Singapore. Malaysians are all equal under the Law and Constitution, irrespective of race, color or creed. There should not be distinction or discrimination. The rights of each component state are inviolable and inscribed in the IGC and London Agreements.”

Tuan Yang di-Pertua, banyak perubahan telah berlaku sejak tahun 1963. Sarawak dan Sabah telah menjadi koloni-koloni Semenanjung Malaysia. Tiada kesamaan walaupun terdapat perjanjian-perjanjian IGC dan London. Tiada kesamaan walau di bawah naungan konsep 1Malaysia. Tahap infrastruktur di Sabah dan Sarawak ketinggalan sekurang-kurangnya 20 tahun berbanding dengan Semenanjung Malaysia, dan tidak pernah dibangunkan bersama-sama dengan Semenanjung. Kerajaan Persekutuan telah mengecewakan Sabah dan Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menganggap Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama tetapi menganggap Sabah dan Sarawak sebagai fixed deposit Barisan Nasional.

 Sebelum by-election pada 16 Mei 2010, Sibu telah diabaikan oleh Barisan Nasional. Sejak kali terakhir kerusi Sibu dimenangi oleh DAP pada tahun 1986, memang tiada perubahan yang bermakna di Sibu. Projek-projek kerajaan pusat hanya segelintir sahaja. Pembangunan industri juga tidak banyak. Peluang pekerjaan di Sibu juga kurang. Di bawah Barisan Nasional selama ini, memangnya Sibu bukan merupakan sesebuah bandar yang memberi harapan terutamanya kepada golongan muda. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bercakap bagi pihak penduduk Sibu dan Sarawak. Memandangkan Laporan IGC dan Malaysia Agreement, memandangkan kemunduran Sabah dan Sarawak, penduduk Sabah dan Sarawak patut meminta kerajaan pusat supaya memberi lebih perhatian kepada keperluan mereka di bawah Model Ekonomi Baru dan RMKe-10.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: [Bangun]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Sarawak ialah sebuah..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapit bangun. Hendak beri?
Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Lima minit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak Yang Berhormat. Masa dua minit lagi Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Tidak ada masa, tidak ada masa.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Lain kali, lain kali.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia ada dua minit sahaja Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Sarawak ialah sebuah negeri yang kaya. Sarawak dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia mempunyai banyak sumber alam seperti kayu balak, tanah, kelapa sawit, emas, minyak dan gas. Akan tetapi, Sarawak adalah negeri yang keempat termiskin di Malaysia. Rakyatnya menderita kerana gaji yang rendah, kurang peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung Malaysia dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di tanah air mereka. Tiada satu pun lebuh raya di Sarawak. Sehingga hari ini tiada jalan raya ke Kapit atau Bario. Tahun lalu kebuluran hampir berlaku di Bario kerana bantuan keperluan tidak dapat disalurkan kepada penduduk di situ. Kebanyakan jalan raya di Sarawak dalam keadaan buruk, terutamanya di Sibu. Bagi mereka yang datang ke Sibu untuk berkempen, kamu akan dialu-alukan oleh jalan raya yang terbaik di Sibu dari Sibu Airport ke hotel di mana kamu berpeluang menari sepanjang perjalanan ke hotel.

Hakikatnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Sarawak hanya kerana pilihan raya negeri sudah hampir. Beliau datang ke Sarawak dengan bersungguh-sungguh demi pilihan raya kecil Sibu. Beliau memberi RM13 juta kepada sekolah-sekolah rendah Cina dan missionary schools dan RM5 juta kepada sekolah-sekolah menengah swasta beberapa hari semasa kempen pilihan raya kecil. Sehari..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Satu minit atau dua minit. Dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu minit Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Okey, satu minit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya punya goodwill itu ada landasan Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Ini maiden speech saya Tuan Yang di-Pertua. Sehari sebelum hari pengundian, beliau berjanji untuk memberi RM5 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di Rejang Park, Sibu, jika calon Barisan Nasional menang. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengeluarkan kata-kata yang kini telah menjadi bahan internet yang sangat terkenal di seluruh dunia apabila beliau membuat perjanjian dengan pengundi di Rejang Park – “Can we have a deal? You help me, and I help you.” [Ketawa] Mujurnya, penduduk Rejang Park telah membuat keputusan yang baik dengan menolak kata-kata manis Barisan Nasional. Saya ingin berkata apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan taktik memancing undi ini di Rejang Park pada 15 Mei 2010, beliau sedar bahawa RM5 juta diperlukan untuk membangunkan Rejang Park dan meninggikan taraf hidup di sana. Wang ini memang diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir di sana. Sepatutnya penduduk Rejang Park dan Sibu berhak mendapat RM5 juta tersebut walau apa pun keputusan pilihan raya kecil Sibu. Terima kasih.

2 Comments »

  1. tq sebab post maklumat ini.
    sya setuju bhw malaysia skrg dgn hasrat pada awal penubuhannya sudah jauh berbeza.

    Comment by Cigu Josmin — June 16, 2010 @ 8:59 am | Reply

    • Ini satu FAKTA yang kita semua telah banyak lupa.Samada secara sengaja atau tidak di sengaja kan

      Comment by Pengayau — July 25, 2010 @ 9:42 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: