"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

August 12, 2010

Penduduk Dayak Iban Rumah Umpor menyaman Kerajaan dan sebuah syarikat perladangan bagi mendapatkan hak

 

By Borneo Independent News Service

11Ogos 2010

MIRI- Penduduk Dayak Iban dari Rumah Umpor dari Ulu Sungai Niah, Bahagian Miri, Sarawak telah menyaman Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei, Miri serta Syarikat perladangan Medan Mestika Sdn. Bhd. kerana menceroboh masuk ke dalam tanah NCR milik penduduk rumah panjang tanpa sebarang rundingan dan persetujuan.

 Jabatan Tanah dan Survei telah mengeluarkan Provisional Lease (PL) atau Geran Hak Milik Sementara iaitu Lot 85 Sawai Land District kepada syarikat Medan Mestika.

 Rumah Umpor yang diketuai oleh Tuai Rumah (TR) Umpor Anak Lunsa telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi sejak Februari tahun 2008. Menurut penduduk Rumah Umpor, mereka telah memperolehi hak Adat ke atas Tanah tersebut secara adat Iban (acquired) sejak nenek moyang mereka atau mengikut undang-undang Kanun Tanah Negeri Sarawak dan/atau melalui undang-undang sebelumnya.

 Tanah adat tersebut adalah sebahagian tanah yang telah diberikan oleh kerajaan secara khusus kepada orang Iban Rumah Along yang diketuai oleh TR. Along anak Ranggau sebelum TR. Umpor sekarang.

 Pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah Miri telah menerima dan merekodkan sempadan antara Rumah Umpor dengan rumah-rumah panjang yang berjiran di dalam pelan tanah yang dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai “Composite Plan Showing Distribution of Native Farming Land atSuai/Niah/Sibuti”. Tanah milik Rumah Umpor dan beberapa rumah panjang yang berjiran di sini dipanggil Kawasan P. Manggoi, Andom dan Ranggong (P.Manggoi’s Area, Andom’s Area and Ranggong’s Area) yang secara kolektifnya dikenali sebagai kawasan Remang (Remang’s Area) di kawasan tersebut.

 Penduduk Rumah Umpor dan nenek moyang mereka secara berterusan menduduki dan/atau bercucuk tanam di tanah adat tersebut sehingga ke hari ini. Tanah NCR mereka ini tidak pernah dihapus hak baik oleh pihak kerajaan sekarang dan/atau kerajaan terdahulu.

 Pihak kerajaan negeri Sarawak, malah melalu iJabatan Pertanian telah memberi bantuan pertanian kepada penduduk Rumah Umpor untuk membuka dan menanam tanaman di tanah adat tersebut.

 Pihak Kerajaan juga telah melantik Ketua Kaum (Tuai Rumah) bagi Rumah Umpor sehingga ke hari ini dan mengutip yuran taksiran tahunan dari Rumah Umpor.

 Walaupun demikian, PL untuk perladangan sawit masih dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei untuk Syarikat Medan Mestika Sdn. Bhd. pada 12hb Disember, 2000 dan tanpa pengetahuan penduduk Dayak Iban Rumah Umpor.

 Laporan Taksiran Impak Alam Sekitar (EIA) yang dibuat pada tahun 2001 juga telah menerima dan mengakui kewujudan tanah Adat Rumah Umpor yang berada di dalam PL tersebut. Jabatan Tanah dan Survei Miri juga telah menerima kewujudan tanah adat yang dituntut oleh Rumah Umpor.

 Walaupun PL Lot 85 yang sebahagiannya meliputi tanah adat orang Dayak Iban Rumah Umpor, Jabatan Tanah dan Survei, Miri masih secara tidak sah telah mengeluarkan PL untuk syarikat tersebut dan tanpa melalui proses untuk menyukat kewujudan tanah adat di dalam PL tersebut. Pihak Jabatan tanah dan Servei bahkan secara tidak sah masih membenarkan syarikat tersebut memasuki dan mendapat milikan tanah yang meliputi tanah adat penduduk Rumah Umpor.

 Pada masa ini, kes Rumah Umpor sedang dalam perbicaraan penuh dan telah ditunda ke satu tarikh akan datang yang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi, Miri

1 Comment »

  1. Aku tu orang Rumah Ranggong diau di Kuala Lumpur.Baka kita meh kami tu Tuai Rumah Umpur.24 hb Jan 2011 ko madi aku Apai Ajau,sida ia ke Kuching becara ka tanah kami di Sigun din ka di rintis orang suba.Senang senang enggau terang terang orang ngerumpak menua kitai aya.Ta di indik perintah meh kitai tu aya.Enti kitai ngadu ngagai SPRM kitai nadai pemandai ga ngelaban perintah.Enti di Semananjung ditu,udah di serang orang Opis Tanah enggau Survei Miri nya.Mesti bisi bala mensia meh ka ngelulus ka Syarikat Medan Mestika nya ngereja ka menua kitai.Orang ka berkot bertali leher nya ka makai kitai bansa tu matak2.Secara ringkasnya,perompak zaman IT dan kuasa yang ada telah menghalalkan cara!.Sebab etika kerja telah dibelakangkan demi kepuasan nafsu.Mudah-mudahan Allah melaknati mereka yang tidak amanah,dan menerima doa orang yang teraniaya seperti kita IBAN ULU NIAH.With Allah will,sooner or later the truth will prevail,whom is the REAL OWNER OF LOT 85.

    Comment by shazwan abdullah — January 13, 2011 @ 2:55 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: