"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

October 20, 2010

KEADILAN Miri Anjur Perhimpunan Pakatan Rakyat

Filed under: Pakatan Rakyat — Pengayau @ 9:48 pm


Date: Saturday, October 23rd 2010

Time: 11:00am – 11:00pm

Location: Dr. Teo Residence,Lot 349, Jalan Tanjong, 98000, Miri, Sarawak

From Suara Keadilan

KEADILAN Miri Anjur Perhimpunan Pakatan Rakyat 23 Okt

Oleh Dzulkarnain Taib
MichaelMenurut Ketua Cabang Miri, Dr Michael Teo, Ketua Umum KEADILAN dijangka mengetuai pimpinan Pakatan Rakyat ke majlis tersebut yang akan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. 

“Kita menjangkakan kira 10,000 penduduk Miri dan juga penyokong Pakatan Rakyat dari sekitar Baram dan Sibuti akan menghadiri acara satu hari itu yang akan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Ini akan menjadim acara terbesar Pakatan Rakyat di Miri tahun ini,” kata Dr Michael Teo kepada Suara Keadilan.

Beliau berkata acara tersebut terpaksa di adakan di kediaman beliau disebabkan kekangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atas arahan kerajaan negeri Barisan Nasional.

“Walau apa pun tekanan yang diberi oleh pihak BN kita tidak takut dan akan teruskan dengan majlis ini. Rakyat Sarawak mahukan perubahan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri akan datang dan ‘mood’ ini amat dirasai sekarang ini di Sarawak.

“Jadi kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat akan menyuntik semangat perubahan yang ingin di bawa oleh rakyat negeri ini,” tegas beliau

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: