"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 24, 2010

Bloggers2/Cybertroopers PBB/BN saling bercakaran?

Filed under: Uncategorized — Pengayau @ 3:26 am

Sila baca petikan-petikan di bawah dengan teliti dan hayati lah,kegilaan dan kerakusan kuasa yang melampau-lampau di kalangan Pemuda PBB sehingga sanggup saling bercakaran sesama sendiri.Memetik kata daripada seorang rakan yang juga Penyokong Tegar PBB Barisan Nasional:

“PBB ya macam Time Bomb ajak kinek tok,nunggu masa ajak maok meletup,tapi semua Pemimpin dalam PBB pandey napok,pandey kelaie secara profesional,ya lah,at least sik nampak gilak di mata rakyat sidak nya berebut kuasa sama dirik bah.Nasib  bait Pehin Sri masih kuat,mun sik,bagai retak menanti belah ajak lah.Banyak sidak “Pemimpin-pemimpin” dalam PBB nunggu masa jak menaiki tahta.Udah ada macam mazhab2 dalam PBB knek tok,sebab ya lah Pehin Sri sik dapat melepas Jawatan Ketua Menteri dengan Presiden camya ajak”

Di petik daripada The Unspinners

Maaf kacau Tan Sri honeymoon tapi ini mustahak didedah

Monday, December 20, 2010

Taib Mahmud baru bernikah dengan seorang wanita Lubnan:
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an.Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, secara tertutup di sini hari ini.”Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi,” kata Setiausaha Akhbarnya, Amin Sahmat, ketika dihubungi BERNAMA.Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau, Puan Sri Laila Taib, yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. – BERNAMA 

Tahniah Tan Sri. Muga sentiasa bahagia.

Kami mintak maaf terpaksa mengacau Tan Sri ketika bulan madu ini tetapi demi Barisan Nasional, kami terpaksa dedahkan satu usaha sabotaj terhadap parti sendiri.

 Kami pernah buat pendedahan mengenai blog Sebana-Ku yang konon neutral dan menegur kedua-dua pihak sambil melaungkan slogan SAVE SARAWAK FROM MALAYANS, tapi sebenarnya adalah blog-blog beberapa pemimpin muda PBB.

Kami dapat spot kerana kami sedar mereka begitu pertahankan Tan Sri. Ini anih untuk blog yang mirip pembangkang.

Dalam pendedahan kami, telah didedahkan sebagai dilakukan oleh UMB PBB. Ini telah menarik penafian dari Apai Ngelai. Penafian itu benar dan kesilapan itu memang disengajakan. Semasa itu tujuan kami hanya untuk menakut-nakutkan Sebanaku.

Oleh kerana mereka masih lagi berbuat demikian dan bertambah sudah berlarutan dan melampau2, maka kami tidak boleh lagi menyimpan rahsia tetapi mahu dedahkan habis sebelum ia memakan parti PBB dan BN Sarawak dari dalam.

Perkara ini pun diketahui pihak pembangkang dan ia telah dieksploitasi untuk memberi bayangan seolah-olah ada permusuhan dalam PBB. Baca komentar di blog Rajahmas sini. Sebenarnya tidak. Hanya kumpulan tertentu saja.

Sebanaku hanya melibatkan tiga anak muda yang tidak sabar untuk jadi wakil rakyat. Gelojohnya mereka hingga mahu membunuh wakil-wakil rakyat yang lain dalam BN. Ini tidak sesuai memandangkan pilihanraya sudah hampir.

Blog Sebana-Ku diusahakan oleh seorang wartawan Borneo Post bernama Kas Alwi. Baca komen Sebanaku sini. Dia pernah berhenti dari Borneo Post untuk berkerja dengan Football Association Sarawak tetapi sudah kembali semula ke Borneo Post.

Dari tulisan-tulisannya, dia agak mirip kepada pembangkang.

Kas Alwi digajikan oleh tiga pemimpin Pemuda PBB yang boleh dipendikkan sebagai RAP. Mereka adalah Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili, Ketua Penerangan dan UMB Pemuda PBB, Aziz Adenan Satim, dan exco Pemdua Radin Kadri Radin Budiman.

Pandi adalah Ketua Pemuda PBB Jepak di Bintulu yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib. Aziz adalah anak kepada Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Adenan Satim dan juga anak saudara Tan Sri Taib Mahmud. Adenan tidak terlibat. Radin pula adalah seorang kontraktor.

Sebagaimana yang dilakukan oleh RAP dalam Sebanaku, ketiga2 mereka mahu dipilih menjadi calon wakil rakyat dengan cara menjatuhkan orang lain tetapi ini hanya memberi bullet dan peluru untuk pembangkang.

Kegiatan mereka bertiga sudah begitu ketara hingga mereka seolah-olah membuat program mereka sendiri, mengetepikan rancangan dan program parti, dan tidak bekerja sebagai pasukan tetapi bersendirian.

Ketika Adenan Satim dan Fadilah membuat kenyataan memperingati akan cabaran yang bakal dihadapi BN di PRU Sarawak akan datang supaya tidak leka, nampaknya RAP tidak pedulikan. Mereka terus dengan cara melakukan sesuka hati seolah-olah mereka ada lesen besar.

Usah sebab RAP, BN Sarawak akan rapped into pieces. YB Fadilah Ketua Pemuda harus bersikap tegas terhadap mereka-mereka yang merasakan diri mereka adalah Prima Donna.

Oleh keraan melibatkan anak saudara Tan Sri, pasti susah untuk Fadilah bertindak tegas. Maka Tan Sri Taib perlu campur tangan dan selesaikan dengan baik. Sebab tiga titik nila, rosak susu sebelanga.

Pasti ada penafian dari ketiga mereka. Namun kami tetapkan dengan pendedahan ini. Kami tidak akan memanjangkan cerita tetapi hanya mahu perbuatan ini dihentikan!

Sila baca artikel-artikel yang selanjut nya

PBB ada pelan media baru, tapi kenapa tikam kawan sendiri?

Friday, November 19, 2010

Walaupun agak lambat melihat apa berlaku di Sibu, akhirnya UMB PBB dilaporkan sudah sedia bercakap akan perangi fitnah pembangkang di Sarawak. Baca sepenuhnya di Muda Tengah

Ketua Penerangan Pemuda PBB memberitahu antara strategi yang akan digunakan adalah untuk menjawab isu yang dilambung tanpa mengenakan serangan peribadi kepada pihak lawan. Muga memberi persepsi negatif terhadap serangan peribadi cukup untuk menangkis serangan yang bakal dihalakan kepada Pengerusi BN Negeri.

Strategi yang mahu dirangka perlu faham bukan saja mukabumi politik tetapi cici dunia sesawang (Internet) dan tahap keberkesanannya di Sarawak. Perlu diambilkira persepsi terkini rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin 

 Sudahlah bukan senang untuk menangkis, akan bertambah susah apabila ada strategi anih untuk bina laman blog yang konon nak membetulkan keadaan tetapi timing yang salah hanya menikam kawan sendiri seperti blog di atas.

Tidak bijak untuk blog Sebana Ku cuba berlakun konon neutral tidak menyebelah BN atau Pakatan Rakyat tetapi beriya-iya pertahan Taib Mahmud bersungguh2 bila dia disentuh. Sila scroll sini

Nampak sah ini usaha UMB PBB. Disamping itu, cara sesetangah tulisan seperti beri arahan nampak sangat bossy. Ini orang Taib Mahmud ke?

Kalaulah nak ketengahkan orang tertentu, kenapa perlu menikam ahli parti sendiri dan sekarang? Kenapa takda Awang Bimi disebut? Apa salah ketengahkan saja kelebihan seseorang tanpa membesar-besarkan keburukan orang lain KETIKA ini?

Sebagai decoy, tak perlu nak perjuangkan gagasan Sarawak untuk Sarawakian sedangkan ternyata gagasan Sabah for Sabahan gagal di Batu Sapi baru-baru ini. Gagasan ini sudah tidak sesuai di zaman era 1Malaysia!

Mengapa perlu mengkritik Najib dan Rosmah dengan hujah cetek, tiada berbukti dan bernada ala Malaysia Today atau portal haluan kiri dari Semenanjung?

Tuan punya blog ini bercakap mengenai parti lain dari PBB sebagai second party. Tidak nampak sangat mereka menegur pembangkang.

Bertambah lagi, kenapa blog ini bantai YB Fadilah yang merupakan Ketua Pemuda PBB yang bertanggungjawab memilih Ketua UMB dan meletakkan usaha UMB dalam kegiatan Pemuda PBB?

Salah strategi ini …

Dahlah lambat start, nak cuba strategi decoy yang makan masa dan perlu dah kemahiran untuk dilaksanakan. Ini bukan out of the box tapi nak kasi bungkus dan masukkan kotak parti sendiri!

 Apa nak jadi dengan Bloggers2/Cybertroopers PBB/BN nie?Berpecah belah?Belum berperang lagi dah kalah 🙂

 

1.Apai Ngelai said…salam bro,

Saya sebagai wakil UMB PBB menafikan ia kerja kumpulan kami. Di pihak saya memang ada mengesyaki ini kerja ‘orang dalam’ yang tak sukakan kepimpinan tertentu.

Menyatakan ia perancangan UMB PBB adalah tidak tepat sama sekali, kerana saya sendiri tidak tahu siapa penulis sebenarnya sehingga kini. Sebanaku-Sarawak tidak ada kena mengena dengan Unit media baru PBB Sarawak dan malah tidak wujud dalam kumpulan UMB.

Sewaktu unit ini dibentuk, kami telah ditanya oleh pemimpin-pemimpin BN negeri tentang blog sebanaku-sarawak kerana ia lebih banyak menyasarkan serangan peribadi ke atas BN juga kepimpinan negeri yang lain.

Saya bersama rakan lain sering menghadapi masalah dengan sebanaku-sarawak yang mengucar-kacirkan barisan PBB sedangkan kami bersungguh-sungguh berusaha mempertahankan pemimpin-pemimpin BN tidak kira samada PBB mahupun UMNO.

Saya tidak tahu apa motif mereka yang sebenarnya, bagaimanapun saya ‘syak’ ia lebih kepada kerja orang dalam PBB yang mempunyai agenda tersendiri. Ura-ura ada menyatakan ia perancangan yang lebih bersifat individu menjelang PRU kelak.

Mohon semua rakan tidak melibatkan UMB PBB dengan serangan seperti ini kerana ia tidak sekali termasuk dalam kumpulan kami yang memperjuangkan PBB dan BN.

Semua usaha UMB selama ini diusahakan penyelaras kami menetapkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua pemimpin UMNO selaku penaung kepada BN untuk negara kita.

Kami sedia berkongsi maklumat tentang pergerakan, aktiviti dan kemajuan UMB PBB bersama UMB UMNO lain, juga apa yang telah dilakukan dan apa perkembangannya setakat ini.

Terima kasih kerana membangkitkan perkara ini. Saya sangat berharap ia tidak menjejaskan kerjasama di antara kita semua, lebih2 lagi pada ketika kita menghadapi Pilihanraya umum tidak lama lagi.

Salam hormat

 
 2.Aisanda said…saya berpendapat bro, mana-mana blog atau bloggers yang membawa ‘kemudaratan’ walau pun sebesar debu harus dianggap sebagai blogger pembangkang dan diperangi. Pada saya dari dulu lagi sebanaku sememangnya blog pembangkang bukan blog pro-pbb atau bn. Dilihat daripada kenyataannya (diatas sekali) telah menunjukkan siapa dia dan hala tujunya yang sebenar.
3.Anonymous said…memang lu terer unspinner.boleh teka siapa punya blog.aku suspek ada manusia yang over ambitious buat kerja macam ini.fokus nak menang election la.
 
4.Anonymous said…salam bro apai ngelai , dimana jentera umb pbb ketika pemimpin-pemimpin pbb/bn termasuk cm diserang?kami telah mula mempersoalkan keberkesanan unit saudara.harap maaf ,bila lagi nak bergerak?

5.fizh6365 said…as a sarawakian kita org tak kisah saper yg rules..yg penting kebajikan rakyat..utk aper kita kecoh sedangkan banyak rakyat yg suffer..bn kata ini itu,pkr kata ini kata itu,dap kata ini kata itu…berapa percent yg jadi…klu berjanji nak kena tunaikan..jgn pulak lain kali rakyat siap sediakan lawyer utk catit kan aper yg dijanji pastu suruh tandatangan ngan wakil parti untuk memastikan semua yg dijanji kan ditunaikan..tak tunai je ambik tindakan mahkamah…..

 

Berebut-berebut berlagak konon nya untuk menjadi Hero di masa awal-awal penubuhan UMB PBB/BN

 

UMB PBB memerangi fitnah pembangkang di Sarawak

Thursday, November 18, 2010

 KUCHING – Pilihanraya Umum Sarawak dijangka akan menerima impak maksima dari segi peperangan siber di antara ahli siber pro-kerajaan dan pro-pembangkang.Ketua Pemuda Penerangan Bahagian Unit Media Baru (UMB) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau kini bekerjasama dengan Unit Media Baru (UMB) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menampilkan strategi yang mantap bagi memasuki medan perang siber menjelang Pilihanraya Umum Sarawak. Mereka akan membawa kepakaran yang lebih agresif dalam menangani isu pihak lawan yang tidak berasas dan kebanyakannya tidak mengandungi fakta yang kukuh. 

“Pengkhususan dalam gerak kerja akan dikoordinasikan dalam penghasilan maklumat yang tepat dan jitu untuk menangani pihak lawan di peringkat negara yang berorientasikan keadaan ekonomi atau pembangunan di Sarawak. Maklumat ini akan dijelaskan dengan tulus dan sewajarnya dengan perang siber di semua peringkat akar umbi hingga ke peringkat negeri, “ kata Tun Faisal kepada pihak media setelah menghadiri Mesyuarat Bersama UMB – UMNO dan UMB BN Sarawak semalam. 

“Kita hendaklah dapat menjelaskan isu semasa dan berupaya untuk menghantar maklumat dengan pantas kepada rakyat di semua lapisan masyarakat supaya mereka tidak mudah ditipu atau dibayangi oleh perasaan khuatir semasa berdepan dengan isu-isu yang hangat. UMB juga berperanan untuk menangkis tohmahan dan tuduhan pihak pembangkang yang tidak berasas demi memenangi pilihanraya di Sarawak kelak. UMNO akan turun padang membantu PBB dan Barisan Nasional Sarawak terutama sekali dalam menengani isu-isu di Sarawak seperti isu masyarakat Penan,” tambah Tun Faisal lagi. 

Pilihanraya Umum Mac 2008 telah memberi pengajaran yang bermakna kepada parti komponen Barisan Nasional untuk berhadapan dengan perang siber dan menangkis serangan dalam kempen perang siber. 

Abdul Aziz, Ketua Penerangan Pemuda PBB, menambah bahawa antara strategi yang akan digunakan adalah untuk menjawab isu yang dilambung tanpa mengenakan serangan peribadi kepada pihak lawan.

Kemudiannya berlangsung majlis penyerahan membantu mangsa banjir di Kedah. PBB yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili,  menyerahkan 900 pasang baju kurung dan baju Melayu yang diwakil oleh Tun Faisal untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah sebagai membantu mereka untuk mengurangkan beban setelah banjir surut. Ini juga merupakan tanggungjawab sosial demi membantu saudara-saudara yang mengalami bencana alam di Kedah.

Nak tengok lagi bukti Bloggers2 upahan Unit Media Baru PBB/BN Sarawak saling bercakaran antara satu sama yang lain?Ataupun Pemimpin2 PBB menhentam sesama sendiri?Sila baca Fadillah the ungrateful politician who tries to be a hero

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: