"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

January 5, 2011

Terima Kasih BN(Barang Naik),barang ku naik lagi

Filed under: Good Governance,Public Issues — Pengayau @ 12:30 am
Tags:

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Syabas Kerajaan BN kerana sekali lagi menaikan harga minyak RON97.Pada 1 Disember 2010,harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.Sekarang,naik lagi 10 sen ke RM2.40.Penstrukturan Semula Subsid (Kata Datuk Seri Idris Jala)

Teruskan menyokong Kerajaan BN kerana kadar inflasi negara akan bertambah berlipat ganda.Terima kasih juga kepada PM Najib yang telah mentadbir urus ekonomi negara sehingga hutang negara meningkat naik,kos kehidupan rakyat meningkat2,lebih tinggi daripada Bangunan 100 tingkat Rosmah

Rasuah masih berleluasa dan mengikut buku The Malaysian Maverick,Malaysia telah kehilangan sebanyak 100 Billion semenjak era Tun M oleh ketirisan dan kebocoran di sebab kan RASUAH

Apa yg bakal kita dengar selepas ini ialah slogan standard daripada Kerajaan BN, “Ubah cara hidup,Kurang kan gula dalam makanan”

Rakyat dapat berubah dan mengubah cara hidup tapi persoalan nya,adakah Kerajaan mahu dan mampu berubah atau mengubah perbelanjaan negara?Mengurang kan ketirisan?Mengurang kan rasuah?Mengurang kan pembaziran?Mengurang kan pembinaan projek2 Mega yg tidak membawa manfaat kepada semua Rakyat kecuali sekerat dua golongan Elitist?

Tun M dgn Menara Berkembar Petronas yg sehingga kini masih bnyk yg kosong,Najib pula dengan Menara Warisan 100 tingkat semasa ekonomi negara masih parah dan sedang dalam proses pemulihan.Wahh,Bijak sungguh urus tadbir kerajaan BN/APCO

Rakyat ataupun Kerajaan yang patut Berubah? Ataupun Rakyat patut mengubah Kerajaan?

Ps:Ini hanya peringkat ketiga dalam proses Penyelarasan dan Penstrukturan Semula Subsidi Minyak

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: