"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

August 10, 2011

Negeri2 Pakatan Rakyat Hari Ini Mengumumkan Bonus Kepada Kakitangan Awamnya

Filed under: Pakatan Rakyat — Pengayau @ 1:33 am
Tags: ,

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri. Kadar minimum itu tambahan RM100 berbanding minimum RM500 diumumkan kerajaan pusat. Guru KAFA pula akan menerima RM300.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Kerajaan negeri Kelantan pula akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara, Kata EXCOnya Dato Husam Musa.

Manakala Kerajaan Negeri Kedah dijangka akan mengumumkan pemberian Bonus kepada kakitangannya dalam waktu terdekat

Persaingan yang sihat, Rakyat yang mendapat beruntung. Bayangkan jika di Malaysia kita tidak mempunyai gabungan Pembangkang yang Kuat dan Mantap, adakah KERAjaan BN akan mengambil langkah yang sama dengan memberikan Bonus kepada Kakitangan Kerajaan? Perlu di ingat kan bahawa sudah 2 tahun berturut2 kakitangan Kerajaan (Persekutuan) tidak mendapat Bonus

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: