"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

August 15, 2011

Surat email buat Malaya

Surat email buat Malaya

Fwd: Haji Julaihi Haji Suut

16 September, 2009

Buat tatapan,

Saudara-saudari di Malaya yang dihormati, hendaknya jangan ada sengketa di antara kita. Kehadiran surat ini sekadar untuk menenangkan salah faham yang tercetus di antara kita suatu ketika dahulu semasa menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos. Silap pakcik ketika itu kerana terlalu beremosi. Silap kalian juga kerana tidak memberi peluang kepada pakcik untuk menceritakan duduk-perkara dari perspektif pakcik sebagai orang Malaysia Timur. Lantaran itu disertakan di sini SEMUA yang pakcik tahu berkenaan posisi Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Ingin pakcik tegaskan, seingat pakcik kita sama-sama silap hari itu. Memang hasrat Tunku Abdul Rahman mahu menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos, bertepatan dengan Hari Kemerdekaan MALAYA pada 31 Ogos, 1957, dan hajat beliau telah dipersetujui Sabah dan Sarawak. Tetapi tarikh itu kemudiannya ditunda ke 16 September. Maka sebetul-betulnya kalendar, Malaysia merdeka 16 September, 1963. Perlu pakcik tegaskan, Malaysia Barat dan Malaysia Timur bukan sekadar tersilap haribulan. Saudara-saudari yang dihormati, kita juga bercanggah pendapat dalam banyak perkara, terutama sekali berkenaan The 20-Points Agreement.

Pakcik tak berani kata kefahaman-kefahaman pakcik adalah benar tetapi demi nilai keadilan dalam perbalahan dua pihak, demi kelancaran orang berhujah, berikan pakcik sedikit kesempatan untuk membentangkan pendapat-pendapat pakcik di sini. Harap maklum, sekarang giliran pakcik bercerita. Nanti kita dengar apa kata kalian pula. Sila emailkan.

Hari ini genap 46 tahun Malaysia merdeka. Malaysia umpama satu rumahtangga; Malaya selaku pengantin lelaki, Sabah dan Sarawak pula selaku isteri-isteri. Tak kesah lah dia berkahwin dengan dua isteri serentak; itu bukan isunya. Malaya dan isteri-isteri dari Borneo bernikah pada 16 September, 1963, di hadapan saksi-saksi dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipin, dan United Kingdom.

Malaya berjanji walaupun dia lelaki Islam, Sabah dan Sarawak boleh memilih agama mereka sendiri dan mereka boleh terus menggunakan bahasa Inggeris di rumah – Malaya tak akan memerintah ke atas mereka serupa seorang raja. Malaya juga berjanji anak-anak Sabah dan Sarawak akan dibesarkan di dalam suasana yang makmur; tidak dianaktirikan dan mereka bukan anak haram. Panjang ucapan Malaya hari itu. Dipendekkan cerita, Malaya memberi mas kahwin berupa 20 gantang janji-janji manis kepada Sabah dan 18 gantang kepada Sarawak. Boleh dibayar secara ansuran.

Sebagai isteri yang soleh, Sabah dan Sarawak taat kepada Malaya dan walaupun ada ketikanya pada 13 Mei 1969 Malaya balik ke rumah dalam keadaan mabuk, isteri berdua masih menyayangi sang suami. Sepanjang tempoh rumahtangga Malaysia, pahit manis mereka harungi bersama. Mereka berjaya tempuhi segala macam cabaran, dihormarti di serata dunia sehingga mereka boleh menjadi tuan rumah beberapa acara peringkat antarabangsa. Kejayaan terbaru mereka menjangkau angkasa lepas.

Tanah runtuh, jerebu, ancaman komunis, ekonomi meleset, kemelut politik, semangat 46 dan mahathir mania, gejala rasuah, skandal kehakiman, MRR2 retak, seks bebas dan drama altantuya, namewee dan jambatan bengkok, kartun sarawak tribune, bahana bolasepak negara, chongwei kempunan emas, dan macam-macam lagi rintangan dan kekecewaan… namun mereka masih hidup sebumbung, tidur satu kelambu, bagai pasangan sejoli, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

SILAP! kita tidak berdiri sama tinggi. Kami urang masih kemajuan rendah; kamu urang sudah tinggi melangit.

Seharusnya tidak begitu. Sepatutnya kita bekerjasama membela nasib kita. Sepatutnya kebajikkan Sabah dan Sarawak tidak diabaikan. Sepatutnya maruah Sabah dijaga bila jantan-jantan Manila datang meraba. Sepatutnya hak-hak Sarawak dipelihara bila watak-watak hitam cuba menelanjangkan jasad yang saban hari kekurangan kain menutup aurat. Sepatutnya Malaya bertindak. Malaya, dimana kelakianmu!

Lupakah sudah janji-janji yang terungkap di antara kita 46 tahun dahulu? Kita sepakat timbul bersama tenggelam bersama. Begitu sumpah kita semasa Malaysia diijab-kabulkan. Mana janji-janji 20-gantang? Jangan cuba berbuat dalih atau alasan hari ini. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau awak tak nak Malaysia lagi kami lagi lah tak ingin.

Andaikata Malaya sudah lupa sumpah 20-perkara, sila semak dalam sijil perkahwinan Malaysia 1963. Salinan ada disertakan di sini. Perjanjian yang termeterai masih sah sehingga ke hari ini – seharusnya masih sah.

Ps: Sila klik di sini untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan Pakcik Julaihi kita nie https://www.facebook.com/profi​le.php?id=100002576394697 dan juga Blogs beliau di http://knightadventure.blogspo​t.com/2009/07/sejarah-malaysia​.html

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: