"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

March 28, 2012

Graf kenaikan harga minyak di Malaysia sebelum PRU12 dan selepas PRU12. Adakah situasi ni akan berulang lagi selepas PRU13 nanti?

Filed under: 13th General Election,Barisan Nasional — Pengayau @ 11:18 am
Tags:

 

Harga Minyak Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri telah pun berjanji yang mana harga minyak petrol RON95 masih lagi kekal buat masa ini walaupun berlakunya harga minyak dunia ketika ini. Dan terbaru, ia diulangi sekali lagi oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.trans Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

Subsidi RON95 Naik 10 Sen, Harga Minyak Petrol Kekal RM1.90

PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak global menyebabkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter pada Mac, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Harga petrol bagi RON95 kekal pada RM1.90 per liter.

“Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan,” katanya di sini, Selasa.

Kali terakhir harga minyak RON95 dikaji semula pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga minyak petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun kenaikan harga minyak global. Sumber : Mstar)

Moga-moga kenyataan seperti di atas benar-benar dipegang oleh pihak kerajaan. Bukan apa, sebenarnya kenyataan seperti ini pernah kedengaran di telinga kami sekitar 4 tahun lalu. Bunyinya seperti begini….

Februari 2008 : Harga Minyak Tidak Naik (Datuk Najib)

Minyak Petrol Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

(Sumber : Utusan Malaysia)

Kami yakin pada masa itu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi dengan kenyataan kalangan menteri. Masakan tidak, jika benar-benar berlaku kenaikan harga minyak, ia bakal memberikan impak secara rantaian kepada kenaikan semua harga barang di Malaysia.

3 Bulan Kemudian : Semboyan Kenaikan Harga Minyak di Malaysia Telah Berbunyi

Tetapi belum puas kalangan rakyat Malaysia meraikan kejayaan dan kemenangan parti masing-masing semasa Pilihanraya Umum 2008, yang dipilih oleh kalangan mereka tidak kira lah daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, akhirnya sudah mula kedengaran harga minyak bakal dinaikkan tidak lama lagi.

“Kalau begitu janji kerajaan melalui Datuk Najib hanya mampu bertahan untuk 3-4 bulan sahaja?”

Bermakna kalau disemak semula kenyataan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada masa itu, Datuk Shahrir Abdul Samad, rakyat Malaysia ada 2 bulan lagi untuk bersedia menghadapigelombang kenaikan harga minyak yang dijangka berlaku pada bulan Ogos.

Harga Minyak Malaysia Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

(sumber : Mstar)

Tiba-tiba, selepas 2 hari sahaja kenyataan dikeluarkan oleh menteri berkenaan harga minyak di Malaysia, rakyat Malaysia dikejutkan dengankenaikan yang mendadak di mana harga minyak terus dinaikkan, bukannya pada paras 10 sen20, sen , 40 sen70 sen tetapi kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 78 sen. Sedangkan, kita iaitu Malaysia merupakan pengeluar minyak. Setiap satu dolar kenaikan harga minyak dunia, Malaysia berjaya mengaut keuntungan beratus juta dolar Amerika.

Jun 2008: Akhirnya, Harga Minyak Naik 78 sen

Kenaikan Minyak Naik Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

Sumber : Utusan Malaysia

Harga Minyak Naik Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik??

(Sumber Infografik : Malaysiakini)

Mungkin Datuk Seri Najib dan Datuk Ismail boleh memperjelaskan kepada rakyat Malaysia selepas ini. Contohnya, apabila berlaku setiap kenaikan harga minyak dunia, berapa perolehan pendapatan kepada Malaysia selaku pengeksport minyak yang berkualiti tinggi? Dan sehingga di paras mana Malaysia masih boleh bertahan lagi pada harga minyak yang digunakan rakyat Malaysia ketika ini. 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan atau…..?

Dan jika harga minyak boleh dinaikkan, adakah kerajaan juga benar-benar bersedia untuk menurunkan harga minyak semula jika harga minyak dunia kembali kepada sediakala?

P/S : Apa respon anda pula mengenai isu harga minyak ini?

 

Ingat BN, Ingat Barang Naik

Ingat BN, Ingat Bini Najib

Ingat BN, Ingat Banyak Naik

Ingat BN, Ingat Barua Negara

Ingat BN, Ingat Babi Negara

Ingat BN, Ingat Baziran Nasional

Ingat BN, Ingat Barisan Najis

BN : Bullshit Nonsense!

Setiap Undian Membawa Padah, Katakan Tak Nak Untuk BN!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: