"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

January 3, 2010

Zahid: Kes enjin hilang tunggu tindakan AG


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya peguam negara sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan kes kehilangan enjin pesawat jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta menentukan tindakan undang-undang yang bakal dilaksanakan.

“Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada peguam vegara, dan kini tunggu peguam negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lapor Bernama.

Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

• 26Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar

• 1November 2007 – enjin kedua dihantar keluar

• Mei 2008 – enjin disedari hilang

• 4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat

• 13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara

• 25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

• 18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula.

Kehilangan Enjin ini didalangi oleh ‘pihak atasan’. Lihat fakta kes, dari November 2007 tiada data mengenai kewujudan enjin tersebut sehingga enjin hanya disedari hilang pada Mei 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos 2008.

Ini menggambarkan kelemahan sistem keselamatan negara dari November 2007 Enjin hanya disedari hilang pada Mei 2008.

December 31, 2009

Missing,Missing,Missing…


http://www.malaysiakini.com/news/120823

Kertas siasatan enjin jet hilang dihantar semula

Polis menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci, kata ketua polis negara.

“Kita hantar semula selepas ia siap dan dikemaskini. Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya,” kata Tan Sri Musa Hassan kepada Bernama hari ini.

Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai perkara itu.

Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Minggu lepas, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai “perkara serius”, dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Mengenai siasatan sindiket penjualan bayi yang dibongkar di Klang, Musa berkata polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu lagi akan disoal siasat atau ditahan.

Siasatan yang lebih menyeluruh sedang dijalankan kerana sindiket ini melibatkan ramai orang dan perlu ditangani dengan terperinci, katanya.

Sehingga ini polis berjaya menyelamatkan 10 bayi berumur lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Seorang wanita serta dua anak perempuannya sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memperdagang tiga bayi. BERNAMA

December 28, 2009

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat RM100 Bilion Dan Kehilangan Enjin Pesawat


http://anwaribrahimblog.com/2009/12/28/suruhanjaya-di-raja-menyiasat-rm100-bilion-dan-kehilangan-enjin-pesawat/

Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah. Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya. Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini. Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau. Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya. Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda! Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

ANWAR IBRAHIM

Walaupun Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kedua2 SKANDAL ini sekali pun tidak akan membawa kesan yang SIGNIFIKAN kerana kuasa pendakwaan masih berada di KUASA Peguam Negara.Sekira nya beliau memutuskan untuk tidak melakukan Pendakwaan,tidak membawa apa2 makna sekalipun.

Walaupun wujud nya bukti2 KUKUH untuk menyokong pensabitan tersebut.Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat KESAHIHAN Video Linggam adalah salah satu BUKTI yang kukuh untuk MENGESAHKAN bahawa bidang KUASA Peguam Negara adalah tersangat lah luas dan BESAR.

Suruhanjaya Di Raja itu di antara lain nya telah menyarankan kepada Pejabat Peguam Negara agar Penyiasatan dan di susuli pula dengan Pendakwaan di jalankan kerana terdapat bukti2 kukuh yang mengesahkan KESAHIHAN Video tersebut dan PENGELIBATAN Linggam dan beberapa ahli2 Politik  termasuk Tun Mahathir dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansur.

Tetapi apa yang berlaku adalah,Peguam Negara enggan membuka kertas siasatan walaupun atas cadangan dan di syorkan oleh Suruhanjaya Di Raja tersebut.Bukan kah ini salah satu bentuk PEMBODOHAN lunas Undang-Undang?Bukan kah ini salah satu bentuk penghinaan terhadap Ahli2 Panel di dalam Suruhanjaya Di Raja itu yang mana telah di lantik untuk mengesahkan KESAHIHAN Video Klip tersebut?Bukan kah ini salah satu penghinaan dari segi KEBIJAKSANAAN Ahli2 Panel itu?

Di dalam konteks ini,apakah tujuan dan relevan nya Suruhanjaya Di Raja itu di tubuhkan jikalau hanya sekadar untuk mainan SANDIWARA Politik untuk MELINDUNGI Si Perasuah Besar Negara?Walau apapun,kita seharusnya berbangga sejajar dengan Slogan MALAYSIA BOLEH!!!!!

December 24, 2009

Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 1:18 am
Tags: , ,

http://www.malaysiakini.com/news/120387

Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

“Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di ibunegara.

Menurutnya, selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

“Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera,” katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di ibunegara dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

Siasatan menyeluruh

“Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

“Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan,” katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

“Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

“Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup
kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. – Bernama

Malaysia Missing List up to date

1.Atlantuya Mising

*Found later but no longer in PIECE but in PIECES

2.PI Balasubramaniam Missing

*Told to be hiding in Australia,Thailand and India before but recently,he had once again SHOCKED the whole country with his appearance in RPK Blogs with STUNNING Revelations..But eversince that,he has been MISSING AGAIN

3.Raja Petra Kamarudin(RPK)

*Went MISSING after failed to enter his defense in COURT of LAW after a LAWSUIT was file  agaisnt him.Speculations saying that he is in Australia and having his HELL out of Blogging in his Blogs(Malaysia Today)Recent speculations saying that he is now in Britain.

4.Missing of 2 Jet Engine worth RM50 Million each

*Told to be found in South America and waiting to be sold to interested parties.Some Army Personnel has been force for an early retirement before this issue has came out in the limelight.It makes us wondering why there is no INVESTIGATIONS being done at the first place agaisnt them?Cover up?

*How come that they only realised the Jet Engine missing now and not for all this while?

*Why there is no details on the 2 Jet Engine in the Auditor General Reports in 2007,2008?

Blog at WordPress.com.