"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 30, 2009

X-Fail: Persoalan yang belum terjawab


Original Post  http://www.malaysiakini.com/news/120807

Rakyat Malaysia menunggu ketibaan 2010 mengharapkan jawapan kepada isu-isu yang belum selesai tahun ini. Berikut adalah 10 kes sepanjang 2009 yang belum selesai. Namun mungkin masih ada lagi yang tidak tersenarai di sini.

 

 

 

 Nasib Anwar bergantung pada bicara liwat 11

Awal bulan ini, parti komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dengan mempersetujui satu rangka dasar bersama.

Dengan mengetepikan ideologi politik, pakatan PKR-DAP-PAS telah berjaya duduk semeja untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dalam usaha untuk menawan Putrajaya dengan teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, masa depan Pakatan masih dilindungi awan gelap kerana Anwar sendiri berdepan dengan perbicaraan kes liwat – bagi kedua kalinya.

Ia sepatutnya perbicaraan terbesar 2009, tetapi ia tidak berlaku selepas ketua pembangkang itu memfailkan cabaran demi cabaran di mahkamah terhadap tuduhan tersebut.

Ketua umum PKR itu memfailkan banyak permohonan – daripada memohon mendapatkan tambahan maklumat, kepada permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut. Namun, penghakimannya tidak memihak kepada beliau.

Perbicaraan liwat tersebut dijadual bermula pada 25 Januari ini dan ditetapkan berjalan selama sebulan. Apakah Anwar akan merengkok di penjara untuk kedua kalinya? Dan apakah yang akan terjadi kepada Pakatan jika itu menjadi kenyataan?

 

 

 

 GST dan sumber minyak yang semakin kehabisan

Kerajaan dalam keadaan terdesak untuk memperolehi sumber kewangan tambahan selain daripada hasil sumber minyak dan cukai pendapatan. Petronas menyumbangkan 40 peratus daripda bajet negara sejak sekian lamanya tetapi keadaan ini mungkin terjejas kerana negara semakin kehabisan sumber itu diterokai.

Daripada 12 juta rakyat yang berkerja, hanya 1.8 peratus – atau 15 peratus sahaja – yang membayar cukai pendapatan. Yang lainnya berpendapatan rendah dan tidak perlu membayar cukai. Ekoran keputusan kerajaan mengurangkan cukai korporat daripada 40 peratus pada 1988 kepada 28 peratus sekarang, maka pengenaan cukai baru teramat diperlukan.

Maka munculkan cukai barangan dan perkidmatan (GST), yang dikatakan pada kadar 4 peratus dan bakal menghasilkan pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan. Tapi kerajaan memerlukan tambahan kewangan lebih daripada RM1 bilion untuk menampung kekurangan kutipan cukai, maka GST dijangka meningkatkan pada masa akan datang.

Penentang GST berhujah bahawa ia menguntungkan golongan kaya kerana ia akan memindahkan beban membayar cukai kepada rakyat
biasa. Daripada memperkenalkan cukai baru itu, mereka menyarankan supaya kerajaan menangani pembaziaran dengan mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan memperkenalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.

(more…)

December 14, 2009

Who’s next?We prefer SHARK rather than IKAN BILIS please….

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 10:14 pm
Tags: ,

Skandal PKFZ: Bekas pegawai KDSB dituduh menipu

http://www.malaysiakini.com/news/119763

Seorang bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) hari ini dihadapkan ke mahkamah atas 24 tuduhan bersama menipu membabitkan RM116.85 juta, menjadi orang keempat yang didakwa dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Law Jenn Dong, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen Klang hari ini dan dibenarkan diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Beliau didakwa bersama-sama seorang lagi yang telah dituduh, arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, perunding projek berkenaan, yang telah didakwa pada Khamis lepas.

Law didakwa menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek besar di PKFZ.

Beliau menghadapi 15 pertuduhan memperdayakan LPK untuk mempercayai bahawa sistem 33kv ke Precinct 2 dan Precinct 8 bagi pembangunan PKFZ, Pulau Indah di Klang, telah dilaksanakan sedangkan beliau mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak dilaksanakan dan oleh itu telah curangnya mendorong LPK untuk mengesahkan pembayaran sebanyak RM70.583 juta kepada KDSB.

Law juga menghadapi sembilan lagi pertuduhan memperdayakan LPK untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik untuk sistem 33kv bagi pembangunan PKFZ telah dilaksanakan sedangkan beliau mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak dilaksanakan dan oleh itu telah curangnya mendorong LPK untuk mengesahkan pembayaran sebanyak RM46.267 juta kepada KDSB.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh ketua unit pelucuthakan harta Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM1 juta serta seorang penjamin terhadap Law dengan mengambil kira keseriusan kesalahan dan jumlah kerugian yang terlibat dalam kes itu.

Peguam Tan Hock Chuan (kiri), yang mewakili Law, pula memohon ikat jamin antara RM200,000 dan RM250,000 dengan mengambil kira anak guamnya dituduh bersama Tan di mahkamah yang sama dan dibenarkan diikat jamin RM250,000.

Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan Law yang menamatkan tugasnya di KDSB pada September tahun lepas, dibebaskan dengan jaminan RM250,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 4 Feb depan.

Law adalah pegawai kedua dari KDSB, yang merupakan kontraktor projek PKFZ itu, yang diheret ke mahkamah berhubung projek tersebut.

Pada Khamis lepas, bekas pengurus besar LPK Datin Paduka OC Phang dan dua yang lain mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama, masing-masing terhadap tuduhan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu berhubung skandal itu.

Phang mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM254.84 juta dan diikat jamin sebanyak RM350,000.

Steven Abok, ketua pegawai operasi KDSB, dan arkitek Tan didakwa bersama terhadap dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM5.42 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM122.27 juta.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata selepas pendakwaan ketiga-tiga itu, lebih ramai individu akan didakwa dan siasatan akan berterusan. BERNAMA

Since when there is Separation of Powers in Malaysia?I would like to say that our very own Bintulu MP will NEVER be arrested for GRAFT CHARGES..

The most is INVESTIGATIONS will be done.Look,he has gave SPECIAL FUND total of RM10 MILLION to MCA,can we ever imagine how POWERFUL and IMPORTANT he is?

Doesnt matter if the Money Belongs to him or he is just a middle man through his Kuala Dimensi Sdn Bhd,but he is GUILTY by MORAL.

Create a free website or blog at WordPress.com.