Taken from Borneo Post
Struggle for equal rights continues
by Peter Sibon
August 14, 2010, Saturday
Sarawak, Sabah Bumis should enjoy position as enshrined in federal constitution — Dompok
PUTRAJAYA: Bumiputeras from Sarawak and Sabah should be accorded equal opportunities as their counterparts in the peninsula in all sectors especially in civil service, education and economy, said Minister of Primary Commodities and Industries Tan Sri Bernard Dompok.
Tan Sri Bernard Dompok
He said under the federal constitution, Bumiputeras from Sarawak and Sabah were accorded equal status as their counterparts in Peninsular Malaysia.
“Under the Technical Committee for Bumiputeras in Sarawak and Sabah, of which I am the chairman, we aim to achieve equality for all Bumiputeras regardless of their religion,” Dompok told The Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily at his office here on Thursday.
He said the committee would meet from time to time to discuss pertinent issues which the members would then bring up to the cabinet.
Members comprise three federal ministers from Sabah and one from Sarawak: Minister of Rural and Regional Development Datuk Seri Safie Apdal; Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Seri Dr Maximus Ongkili and Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman (all from Sabah) and Minister of Natural Resources and Environment Datuk Sri Douglas Uggah Embas (Sarawak).
He said their next meeting would be held at Uggah’s office.
“The committee will meet and continue to discuss pertinent issues which we hope could be resolved by the cabinet, which is usually chaired by the prime minister,” he revealed.Read more here
Pengayau comment
Satu isu lapuk yang sepatut nya sudah lama di ketengah dan di bincangkan dan bukan hanya sekarang!!Sebagai contoh,Dasar Ekonomi Baru yang di ilhamkan Tun Abdul Razak pada tahun 197o an dengan 30% Pegangan Ekuiti Bumiputra sebagai sasaran.DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.Setelah 40 tahun,adakah sasaran itu berjaya di capai?
Bumiputra mana kah yang menikmati Dasar ini?Bumiputra Malaya?Bumiputra Sabah&Sarawak? ataupun sekerat dua golongan UMNOPUTRA?
Apabila kita berbicara tentang soal Hak dan Keistimewaan dan Melayu dan Bumiputra,kita sepatut nya berpaksikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas mengatakan:
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal(2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Selain daripada itu juga,perkara yang sama telah di tekan kan oleh 20/18 Point of Agreement yang dengan jelas mengatakan:
Point 12: Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo
Secara amnya,kerajaan sering merujuk istilah Bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu:
(i) Orang Melayu yang ditakrifkan dalam Fasal (2), Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan;
(ii) Anak negeri Sabah dan Sarawak, ditakrifkan dalam Fasal (6)
Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan; dan
(iii) Orang Asli seperti yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan.
Berhubung dengan kedudukan bumiputera Sarawak, perenggan (6)(a) Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘anak negeri’ bagi maksud negeri Sarawak ialah seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras dengan izin race,yang dinyatakan dalam fasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu.
Fasal (7) Perkara 161A memperuntukkan bahawa ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi negeri Sarawak bagi maksud takrif anak negeri dalam fasal (6) ialah:
Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan,Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan,Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), kemudian Lugat, Lisum, Melayu,Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.
Ini semua sudah jelas sejelas-jelas nya dan tak perlu di perjelaskan dgn lebih lanjut lagu.Bumiputra Sabah&Sarawak adalah sama taraf dengan Bumiputra di Malaya tetapi apa yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya.UMNO sering kali mengait kan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputra ini dengan “Ketuanan Melayu” atau Ketuanan UMNO dengan lebih tepat nya.Bagaimana pula dengan Kuota Kemasukan ke IPTA?Saya di fahamkan Kuota yang di peruntukan adalah seperti berikut:
Melayu=60%
Cina=15%
India=15%
Bumiputra Sabah&Sarawak=10%
Persoalan nya sekarang,mengapa kah Bumiputra Sabah&Sarawak di letak kan di dalam kategori yang berlainan dan hanya di berikan 10% Kuota Kemasukan ke IPTA?Mengapa kita di berikan Hak dan Keistimewaan yang berlainan dengan Bumiputra Malaya?
Saya berpendapat,apabila kita menggunakan terma Ketuanan,ini bermakna,dengan ada nya Tuan.sudah tentu ada nya Hamba.Ataupun “When there is a Slave,there would always be a Slave Master” dalam Bahasa Inggeris nya.Setelah hampir setengah abad Merdeka,ada kah kita(Bumiputra Sabah&Sarawak) menikmati Hak dan Keistimewaan seperti yang di nikmati saudara2 kita di Malaya?
Ini adalah salah satu contoh jelas perlanggaran Perlembagaan Persekutuan yang merupakan asas,tiang dan sendi Negara kita.Dengan itu,persoalan nya sekarang,apa kah yang telah di lakukan oleh Pemimpin2 kita dari Sabah&Sarawak selama ini untuk memperjuangkan Hak dan Keistimewaan ini?????