"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

December 31, 2009

‘Zaman joli katak sudah berakhir’


http://www.malaysiakini.com/news/120890

Zaman ‘joli katak’ sudah berakhir dan wang ‘loteri minyak’ makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

 

 

 

 Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

“Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

“Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita,” katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai “hak berdaulat” untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

“Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya,” katanya.

 

 

 

 Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

“Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

“Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga,” katanya lagi.

1.PETRONAS now has to SUPPORT the MASSIVE spendings of CORRUPTIONS

2.It is what being called CORRUPT GOVERNANCE of UMNO led Barisan Kurang Rasional

3.Billions ringgit has been in the POCKET of some LEADERS in UMNO for such a long time ago

4.This could be worse if we still let this CORRUPT GOVERNMENT to lead us

5.Sabah and Sarawak has been long SHORT-CHANGED after all the WEALTH that they took from OUR OIL&GAS RESOURCES

6.Do we still need this CORRUPTS to lead us?

7.Do we still can DENIED the GOODNESS of BARISAN KURANG RASIONAL?

The Best Christmas and New Year Gift for Christians..

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 7:49 pm
Tags: , ,

Taken from http://www.malaysiakini.com/news/120910

I had wrote about it before and Thanks God that the Truth Has Prevaill…Amen

https://pengayau.wordpress.com/2009/11/15/allah-any-copyright-control-for-this-word/

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah ‘tidak sah dan batal”.

 

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi perkataan ‘Tuhan’ dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Missing,Missing,Missing…


http://www.malaysiakini.com/news/120823

Kertas siasatan enjin jet hilang dihantar semula

Polis menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci, kata ketua polis negara.

“Kita hantar semula selepas ia siap dan dikemaskini. Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya,” kata Tan Sri Musa Hassan kepada Bernama hari ini.

Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai perkara itu.

Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Minggu lepas, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai “perkara serius”, dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Mengenai siasatan sindiket penjualan bayi yang dibongkar di Klang, Musa berkata polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu lagi akan disoal siasat atau ditahan.

Siasatan yang lebih menyeluruh sedang dijalankan kerana sindiket ini melibatkan ramai orang dan perlu ditangani dengan terperinci, katanya.

Sehingga ini polis berjaya menyelamatkan 10 bayi berumur lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Seorang wanita serta dua anak perempuannya sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memperdagang tiga bayi. BERNAMA

Al-Quran pertama dalam bahasa Iban

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 5:45 am
Tags:

http://www.malaysiakini.com/news/120822

Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.

Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.

Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi.

Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.

“Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.

“Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami,” kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.

Tambahnya, sasaran utama bagi penerbitan yang diusahakan PTS Darul Furqan Sdn Bhd itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.

“Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban,” katanya dalam wawancara melalui emel.

“Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.

“Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia.”

Ainon menunjukkan satu contoh terjemahan al-Quran itu seperti dimuatkan di blog peribadinya Universiti PTS.

Ayat 1 dan 2 surah al-Asr dalam bahasa itu berbunyi: “Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau. Allah petara ti siko besumpah enggau ari. Semua anak mensia nyadi rugi.”

Ainon menjelaskan, projek dengan kos percetakan RM30,000 itu akan meluaskan penyebaran al-Quran dalam apa juga bahasa di dunia.

Tambahnya, 3,000 naskah muqaddam dan 3,000 lagi teks al-Quran bagaimanapun belum diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jakim.

“Pihak KDN dan Jakim boleh menubuhkan kumpulan penyemak dengan menggunakan khidmat guru agama keturunan Iban, ahli akademik, dan pendakwah lulusan aliran pengajian Islam yang boleh membaca dan mamahani bahasa Iban,” katanya lagi.

Naskhah terjemahan tersebut akan dihantar kepada KDN dan Jakim untuk semakan sebelum proses percetakan, tambahnya.

December 30, 2009

Timb menteri: Anak Sarawak ganti Sulaiman


Repost from http://www.malaysiakini.com/news/120770

Anak kelahiran Sarawak akan mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman
Abdul Rahman Taib, kata perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

“(Nama) lebih kurang (tahu) tapi tidak boleh umumkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.

Pada 10 Disember lalu, Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga timbalan ketua pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai timbalan menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri, dan apabila Najib mengambil alih jawatan perdana menteri April tahun ini, Sulaiman dikekalkan.

Sulaiman adalah anggota parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya. BERNAMA

X-Fail: Persoalan yang belum terjawab


Original Post  http://www.malaysiakini.com/news/120807

Rakyat Malaysia menunggu ketibaan 2010 mengharapkan jawapan kepada isu-isu yang belum selesai tahun ini. Berikut adalah 10 kes sepanjang 2009 yang belum selesai. Namun mungkin masih ada lagi yang tidak tersenarai di sini.

 

 

 

 Nasib Anwar bergantung pada bicara liwat 11

Awal bulan ini, parti komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dengan mempersetujui satu rangka dasar bersama.

Dengan mengetepikan ideologi politik, pakatan PKR-DAP-PAS telah berjaya duduk semeja untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dalam usaha untuk menawan Putrajaya dengan teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, masa depan Pakatan masih dilindungi awan gelap kerana Anwar sendiri berdepan dengan perbicaraan kes liwat – bagi kedua kalinya.

Ia sepatutnya perbicaraan terbesar 2009, tetapi ia tidak berlaku selepas ketua pembangkang itu memfailkan cabaran demi cabaran di mahkamah terhadap tuduhan tersebut.

Ketua umum PKR itu memfailkan banyak permohonan – daripada memohon mendapatkan tambahan maklumat, kepada permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut. Namun, penghakimannya tidak memihak kepada beliau.

Perbicaraan liwat tersebut dijadual bermula pada 25 Januari ini dan ditetapkan berjalan selama sebulan. Apakah Anwar akan merengkok di penjara untuk kedua kalinya? Dan apakah yang akan terjadi kepada Pakatan jika itu menjadi kenyataan?

 

 

 

 GST dan sumber minyak yang semakin kehabisan

Kerajaan dalam keadaan terdesak untuk memperolehi sumber kewangan tambahan selain daripada hasil sumber minyak dan cukai pendapatan. Petronas menyumbangkan 40 peratus daripda bajet negara sejak sekian lamanya tetapi keadaan ini mungkin terjejas kerana negara semakin kehabisan sumber itu diterokai.

Daripada 12 juta rakyat yang berkerja, hanya 1.8 peratus – atau 15 peratus sahaja – yang membayar cukai pendapatan. Yang lainnya berpendapatan rendah dan tidak perlu membayar cukai. Ekoran keputusan kerajaan mengurangkan cukai korporat daripada 40 peratus pada 1988 kepada 28 peratus sekarang, maka pengenaan cukai baru teramat diperlukan.

Maka munculkan cukai barangan dan perkidmatan (GST), yang dikatakan pada kadar 4 peratus dan bakal menghasilkan pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan. Tapi kerajaan memerlukan tambahan kewangan lebih daripada RM1 bilion untuk menampung kekurangan kutipan cukai, maka GST dijangka meningkatkan pada masa akan datang.

Penentang GST berhujah bahawa ia menguntungkan golongan kaya kerana ia akan memindahkan beban membayar cukai kepada rakyat
biasa. Daripada memperkenalkan cukai baru itu, mereka menyarankan supaya kerajaan menangani pembaziaran dengan mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan memperkenalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.

(more…)

December 29, 2009

KM Sarawak selar pembangkang ‘lapar kuasa’


http://www.malaysiakini.com/news/120772

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

“Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

“Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata ahli politik pembangkang membuat janji-janji kosong dan mendakwa mereka boleh melakukan keajaiban bagi menggembirakan rakyat dan pengundi.

Sebagai contoh, mereka mendakwa boleh melindungi pelbagai perkara, mendapatkan lebih banyak wang daripada pembangunan tanah adat dan sebagainya, katanya.

“Masa depan rakyat, dengan kesedaran bahawa lebih baik mereka menyokong BN berbanding ahli politik pembangkang yang banyak bercakap. Mereka tidak dapat buktikan kemampuan mereka untuk membantu rakyat,” kata Taib di majlis perasmian mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Sementara itu, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom menyeru semua komponen parti BN bekerjasama dari peringkat atas hingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang cabaran dan kritikan yang boleh menggugat keutuhan BN dan menukar corak politik negeri Sarawak.

“Tidak ada satu parti komponen boleh menganggap bahawa dia adalah lebih penting atau berkuasa daripada yang lain. Dalam keadaan susah atau senang, kita mesti bersatu dalam BN,” katanya.

Untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Mawan menyeru pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk menangani isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan alam sekitar yang dimainkan pembangkang untuk memesongkan rakyat, khususnya di luar bandar.

“Saya berharap pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengambil tindakan proaktif dengan memberi penerangan lengkap kepada penduduk di luar bandar melalui sesi dialog dan perjuangan sosial di peringkat akar umbi untuk memastikan penyokong dan penduduk di luar bandar tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang,” katanya. BERNAMA

1.BN nadai kala Ngasut Rakyat

2.BN nadai kala Ngugut Rakyat

3.BN nadai kala bejaie ke Penyakal

4.BN nadai kala Gila Kuasa

5.BN nadai kala nabur ke Semaia Bula ngagai Rakyat

6.BN nadai kala Ngerampas Tanah Rakyat

7.BN nadai kala bula senentang Ngemansang ke Tanah

8.BN  aja ulih niki ke duit Royalti Minyak kitai Sarawak

9.BN aja ulih Nyerakup ke kitai Dayak

10.BN aja bendar Ngangkat,Ngidup,Nulung Rakyat

11.BN aja meh Parti ti manah,anang nyukung Parti Penyakal

12.BN udah mayuh meri NCR Land ngagai Rakyat

13.BN enda semina nemu bejaku rauh2 baka Penyakal

14.BN aja ulih mai PEMANSANG!!!!!!!

 

”Undi meh Barisan Nasional,Manah Ke Nuan,Manah Ke Aku,Manah Ke Semua Kitai,Ngambik Ke Kitai Sama Nyingkang,Sama Mansang Dalam Malaysia”

 

Ohh Haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Sabah’s Untold History


Taken from Malaysia Today

Many Malaysians may not know this but the Perak Fiasco this year is not the second constitutional crisis that has rocked Malaysia (after the UMNO crisis). In fact, UMNO’s deregistration as an association by the Registrar of Societies in 1987 was also not Malaysia’s first constitutional crisis but the second.

The dubious award of Malaysia’s first ever constitutional crisis was bestowed on the Sabahan State Government in 1985 when the Berjaya-appointee Sabahan Governor, Tun Haji Mohd Adnan Robert, despite stern objections from his advisors including the Sabah State Attorney Datuk Nicholas Fung and Sabah High Court judge, Justice Datuk Charles Ho, had decided to swear-in a minority coalition party leader as the Chief Minister of Sabah, a coalition that had won less state seats (22 seats combined) in the just completed State Elections than the victor (26 seats), an action that contravened the State Constitution and the Federal Constitution of Malaysia.

So, what happened during the early dawn hours of 22 April 1985 that eventually propelled the State of Sabah into total chaos? An action by one single man in his capacity as the Governor? Or was he somehow “persuaded” (against all logical reasons) by Datuk Haji Yahya Lampong and the inaction of others present (except for Nicholas Fung and Charles Ho) to continue with the swearing-in ceremony? Before you continue reading, always keep this in mind. A Sultan or a State Governor can appoint a Menteri Besar or a Chief Minister but he cannot dismiss him after swearing him in. The appointed MB or CM can only be dismissed in the State Legislature by a vote of no-confidence, if he is convicted of a crime or if he dies in office.

Once again, let us start from the beginning.

Sabah held its state elections on 21 April 1985, a wide open contest between three political parties, namely Berjaya (BN component party and incumbent state government) led by CM Datuk Harris Mohd Salleh, USNO (previous BN component party and state government) led by Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun, and the recently formed, months-old, Parti Bersatu Sabah (PBS), led by Datuk Joseph Pairin Kitingan (former Berjaya Vice President).

By 11pm on Election Day, it was evident that Berjaya had lost the Sabah state elections. CM Harris had in fact lost his seat in his Tenom constituency. The only Berjaya candidates that survived the backlash were the Speaker of the State Assembly, Tan Sri Haji Sunoh Marso, two deputy ministers, Haji Malek Chua and Hiew Ming Kong, plus three others.

Celebrations were however held at the USNO camp. At almost 1am on 22 April 1985, when USNO and PBS had jointly won 25 seats (simple majority), USNO’s director of elections, Haji Karim Ghani called Pairin’s residence to implement the secret plan between USNO and PBS to form a coalition state government, a plan hatched between Pairin and Mustapha to unseat Berjaya prior to the elections. The telephone call was answered by Pairin’s PBS legal advisor, Datuk Herman Luping, who told Haji Karim that “he will get back to him after speaking to Pairin”, a call that was never returned as PBS continued to win one constituency after another. Treachery? Well, nobody said that politics was clean. The initial pact was made at a time when neither USNO nor PBS thought that their respective party could win the Sabahan elections alone.

It was not until later when the return call never came that Mustapha realized that Pairin had double-crossed him. Moral of the story so far – never trust your political opponents.

It was also then that the State Attorney General Datuk Haji Yusuf Rashid, mentioned to Datuk Haji Yahya Lampong that USNO’s 16 seats plus Berjaya’s 6 seats (a total of 22 seats) were sufficient to form the State Government, provided that the Governor grant the 6 nominated seats to them. (The Sabah Governor has the privilege to do so as the Sabahan Legislature consists of 48 contested seats and 6 nominated seats.)

A call (at 2am) was hastily made to the USNO camp for a meeting between the two leaders. At 2.30am, Karim called Datuk Haji Majid Khan (Berjaya’s elections director) to confirm the meeting at Tun Mustapha’s residence. Majid and Abdul Malek Chua arrived about 15 minutes later and were taken to meet Mustapha. In the meeting, Mustapha was skeptical about this “plan of action” that could unseat PBS but a subsequent telephone call from the Istana “inviting Tun Mustapha to take the oath of Sabah CM” banished all doubts from the USNO President’s mind.

Why did the Governor do it knowing very well that PBS had won 26 seats to Berjaya’s 6 seats and USNO’s 16 seats? Events soon unfolded that Harris had called the Governor after receiving the call from USNO at 2am, informing him that Berjaya has formed a coalition with USNO and that their combined total of 22 seats plus the 6 nominated seats (by the Governor) constitutes a simple majority win in the 54-seat Sabah Assembly. It was then that instructions were given to Adnan’s ADC, Haji Mandalam Marziman, to prepare for the swearing-in ceremony in the wee hours of the night (or is it day?). It was also then that Madalam received a call from the PBS legal advisor, Datuk Herman Luping, as to whom he would need to contact to organize the formal swearing-in ceremony for Pairin as the CM of Sabah.

(more…)

December 28, 2009

Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis


Dari EraPakatan

Oleh Masdar Wahid

Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan, kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Philip Ngo, mendakwa menerima sejumlah khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang mengancam keselamatan dirinya sejak beliau mengishtiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah Philip turut didesak oleh Sembilan bahagian parti itu agar menarik diri bagi memberi kemenangan percuma kepada penyandang sejak tahun 2003, Peter Nyarok Entrie.

“Sejak diketahui akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya banyak menerima panggilan dan SMS, ada yang memberi galakan dan ada yang berbaur ancaman.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menarik diri semata-mata kerana ancaman yang diterima. Saya kekal dengan pendirian, komited dan fokus dalam tindakan yang dilakukan,” katanya yang tidak teraga-agak membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ‘pihak’ yang dimaksudkannya, sama ada daripada ahli di peringkat bawahan atau atasan dalam parti.

Philip, 45, seorang ahli perniagaan dan juga ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat akan mencabar Nyarok, 67, dalam TGA pada 28 Disember ini.

Walaupun Presiden parti itu, William Mawan Ikom sejak Julai lalu merayu agar calon-calon tertentu menarik diri bagi mengelakan perpecahan dalam parti yang baru berusia tujuh tahun itu, namun ia gagal mengekang nafsu ahli SPDP daripada merebut jawatan.

Turut menyaksikan pertembungan ialah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan empat calon bagi merebut tiga kekosongan manakala jawatan Majlis Tertinggi yang hanya memerlukan 14 orang direbut oleh 35 calon.

Tertekan dengan masalah itu, Mawan menerusi satu mesyuarat parti baru-baru ini mencadangkan senarai nama untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam badan induk parti itu.

Ia dikenali sebagai ‘Senarai Presiden’

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda SPDP, Tiong King Sing turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.

Tiong ialah antara nama yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

SPDP ditubuhkan pada tahun 2002 selepas krisis kepimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beberapa pemimpin SNAP yang menubuhkan SPDP selepas itu menyertai BN manakala SNAP menjadi pembangkang walaupun sebelum itu SNAP merupakan salah satu sekutu rejim BN di Sarawak.

Latest source confirm with me that 90% is given for Nyarok to win in the battle for Deputy President agaisnt Philip Ngo a businessman who was among the founding members of SPDP on the 30th.It is a Presidential List Versus a Party Novice.While this afternoon,Cr Robert Ayu has been elected as the new SPDP Yout Chief with Datuk Sri Tiong King Sing as its Advisor.Advisor A.K.A ATM MACHINE perhaps?

By right,there should be a free contest to all post right from the bottom to the top.Thats is what DEMOCRACY is all about.If there is such Presidential List,Presidential Nominees or whatsoever,arent it had indirectly denied the very basic DEMOCRACY in the Party or any Party?

So sad but very true indeed,this is the Political Reality that we have now.To name a few,UMNO,MIC,GERAKAN,PBB,PRS and of course SPDP it self.But MCA has proven otherwise whereby the Party were facing with Internal Bickerings by the name of Democracy with from 2 and become 3 Factional Leaders with their very own personal agenda and not the Party Agenda to be the Top Priority.

Whatever it is,May The Best Man win and for Nyarok,N.34 Krian would be a TOUGH BATTLE for you in the upcoming State Election..To Phillip Ngo,at least you are trying to REVIVED the TRUE DEMOCRACY within SPDP itself..Good Luck Sir!!!

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat RM100 Bilion Dan Kehilangan Enjin Pesawat


http://anwaribrahimblog.com/2009/12/28/suruhanjaya-di-raja-menyiasat-rm100-bilion-dan-kehilangan-enjin-pesawat/

Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah. Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya. Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini. Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau. Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya. Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda! Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

ANWAR IBRAHIM

Walaupun Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kedua2 SKANDAL ini sekali pun tidak akan membawa kesan yang SIGNIFIKAN kerana kuasa pendakwaan masih berada di KUASA Peguam Negara.Sekira nya beliau memutuskan untuk tidak melakukan Pendakwaan,tidak membawa apa2 makna sekalipun.

Walaupun wujud nya bukti2 KUKUH untuk menyokong pensabitan tersebut.Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat KESAHIHAN Video Linggam adalah salah satu BUKTI yang kukuh untuk MENGESAHKAN bahawa bidang KUASA Peguam Negara adalah tersangat lah luas dan BESAR.

Suruhanjaya Di Raja itu di antara lain nya telah menyarankan kepada Pejabat Peguam Negara agar Penyiasatan dan di susuli pula dengan Pendakwaan di jalankan kerana terdapat bukti2 kukuh yang mengesahkan KESAHIHAN Video tersebut dan PENGELIBATAN Linggam dan beberapa ahli2 Politik  termasuk Tun Mahathir dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansur.

Tetapi apa yang berlaku adalah,Peguam Negara enggan membuka kertas siasatan walaupun atas cadangan dan di syorkan oleh Suruhanjaya Di Raja tersebut.Bukan kah ini salah satu bentuk PEMBODOHAN lunas Undang-Undang?Bukan kah ini salah satu bentuk penghinaan terhadap Ahli2 Panel di dalam Suruhanjaya Di Raja itu yang mana telah di lantik untuk mengesahkan KESAHIHAN Video Klip tersebut?Bukan kah ini salah satu penghinaan dari segi KEBIJAKSANAAN Ahli2 Panel itu?

Di dalam konteks ini,apakah tujuan dan relevan nya Suruhanjaya Di Raja itu di tubuhkan jikalau hanya sekadar untuk mainan SANDIWARA Politik untuk MELINDUNGI Si Perasuah Besar Negara?Walau apapun,kita seharusnya berbangga sejajar dengan Slogan MALAYSIA BOLEH!!!!!

Watchdog Backs Probe On Dr M, Pak Lah


From Malaysia Kini

The call for a royal commission to investigate claims that two former prime ministers had squandered hundreds of billions of ringgit during their tenure has received the backing of an anti-corruption watchdog.

Both Dr Mahathir Mohamad and his successor, Abdullah Ahmad Badawi, should be subjected to the investigations to restore credibility to the government, said Gerak chairperson Mohd Nazree Mohd Yunus.

“If these claims are not investigated, Gerak is concerned that the incidence of irregularities and corruption will be common practice in the future among national leaders, said Nazree in a statement issued today.

While integrity in the management of the country’s resources was crucial to the stability of the economy, the trust that foreign investors have towards the economy would also erode if political figures were allowed to get away with corruption and mismanagement, he added.

“If national resources such as petroleum and other natural resources are not managed with integrity, it is likely that our deteriorating economy will take a turn for the worst as a result of mega-scale corruption.”

Nazree’s statement come on the heels of a call by opposition stalwart Lim Kit Siang for a royal commission of inquiry to be set up to look into allegations that Mahathir had squandered RM100 billion during his 22 years as premier through grandiose projects and corruption.

The allegations were contained in a book penned by former Asian Wall Street Journal managing editor Barry Wain entitled ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

Mahathir: Bring it on

In a posting in his Chedet blog, Mahathir said he welcomed Lim’s suggestion for the government to set up a royal commission to probe him.

At the same time, he said he “reserved the right” to sue Wain, Lim and Malaysiakini for defamation.

Mahathir added that the scope of the royal commission should be widened to look into the tenure of his successor-turned-nemesis Abdullah.

Such a probe should include how RM270 billion of Petronas’ money paid to the government during Abdullah’s five-year term was spent and how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge to Singapore, said Mahathir.

While acknowledging that the government did lose money over projects embarked on during his tenure, Mahathir however denied that the losses amounted to even RM10 billion, let alone RM100 billion.

“If we had lost RM100 billion, the government would be in deep trouble. But although we did have poor growth during certain years, the government never failed to meet all financial commitments including the servicing of loans. In fact, we had enough money to prepay loans.

The Home Ministry stated last week that it was in the process of determining whether Wain’s ‘Malaysian Maverick’ would affect peace and stability in the country.

The ministry has 60 days to make a decision as to whether the book could be sold in Malaysia.

Suruhanjaya Di Raja is some sort of  Budak Suruhan to UMNO led Barisan Kurang Rasional.It doesnt matter what is their FINDINGS in the INQUEST,it still the BIG OLD SHARK and all his friends going to be escaped from Justice and Law.

They seems to be INVISIBLE and LAW PROOF in any of their WRONG DOINGS.That has been the case for all this while.When it comes to Pakatan Rakyat members,the Police will do an INVESTIGATIONS in the speed of LIGHT regardless what is the issue.But for this PIRATES and ROBBERS who has ROB our country wealth for an ages?

I do remember what Datuk Nazri Aziz(De Facto Law Minister) said about the Linggam Video.”It is MORALLY GUILTY but not by LAW”…It seems like they were having a good MANNERS or MORAL when comes to CORRUPTION,at least in their WORDS but IRONICALLY they are not in their ACTIONS..What a JOKE!!!!

Hutan Sarawak yang kian menghilang

Filed under: Logging — Pengayau @ 8:00 am
Tags: , ,

Taken from http://sebanamenoa.blogspot.com/

PENANG, Malaysia,(IPS) – Sudah sekian lama, para aktivis alam sekitar dan pejuang hak Orang Asal percaya bahawa hutan belantara yang luas di negeri Sarawak dibalak dengan rakus dan hutan tersebut kini beralih menjadi ladang-ladang kayu akasia dan kelapa sawit, empangan hidro elektrik dan hutan belukar. Malangnya, tidak semua orang mengambil kisah.

 
 Pendirian para aktivis tersebut kini telah disahkan apabila di dalam Laporan Tahunan Audit 2008, yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan diserahkan ke Parlimen, Ketua Audit Negara telah mengkritik pengurusan hutan di negeri Sarawak sebagai tidak “memuaskan”. Pada awal bulan ini, pihak berkuasa Sarawak pula menolak penemuan Ketua Audit Negara.
Laporan tersebut telah menyenaraikan beberapa penemuan untuk sampai ke kesimpulan tersebut: kawasan hutan simpan kekal semakin berkurangan dan tidak ada kawasan baru untuk mengantikan kawasan hutan tersebut, manakala terdapat beberapa usul untuk mewartakan kawasan hutan simpan pula belum dilaksanakan. Terdapat juga penemuan di mana pemegang lesen balak tidak diwajibkan untuk mendapat laporan taksiran impak alam sekitar (EIA) yang telah diluluskan sebelum memulakan kerja-kerja mereka. Catuan penebangan tahunan pula melebihi hadnya jika semua kawasan hutan diambil kira.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah telah menyebabkan terjadinya pembalakan haram yang menyumbang pula kepada kemusnahan alam sekitar, terutamanya pencemaran sungai-sungai, hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh, mendapan lumpur dan banjir.
Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak, Awang Tengah Ali Hassan (Menteri Pertama ialah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud) telah menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada laporan tersebut. Beliau berkata laporan tersebut tidak mencerminkan situasi keseluruhannya kerana para juruaudit tersebut membuat kesimpulan-kesimpulan yang rambang mengenai pengurusan jangka panjang hutan di Sarawak oleh kerajaan negeri.”
Dengan mendapatkan tindakbalas dari Jabatan Hutan Sarawak, saya percaya pandangan yang seimbang dan tepat (mengenai pengurusan hutan oleh kerajaan negeri) dapat dilaporkan di dalam laporan tersebut,” kata beliau di dalam laporan agensi berita nasional, Bernama.
Awang Tengah pula mengatakan bahawa Jabatan Audit Negara tidak mempunyai kepakaran di dalam pengurusan hutan, dan maklumat-maklumat yang diberi dari Jabatan Hutan Sarawak tidak diambil kira di dalam laporan audit tersebut. Beliau berkata, Ketua Audit Negara telah menulis kepadanya pada 29 Oktober dan bersetuju untuk mengambil kira tindakbalas dari Jabatan Hutan.
Apabila dihubungi, seorang jurucakap dari Jabatan Audit Negara di Putrajaya pula berkata perkara tersebut sudah “selesai” – jabatan tersebut akan menerima komen-komen dari pihak-pihak berkuasa di Sarawak akan tetapi laporan Ketua Audit Negara masih sah.
Para pegawai tinggi di Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak tidak dapat dihubungi melalui telefon untuk mendapatkan komen pada masa ini.
Sarawak mempunyai hutan seluas 12.44 juta hektar di dalam keluasan tanahnya yang seluas 124,450 kilometer persegi, di mana 4.6 juta hektar adalah hutan simpan kekal, 0.88 juta hektar hutan lindungan sepenuhnya dan 4.3 juta hektar pula adalah hutan milik kerajaan, manakala baki kawasan tersebut digunakan untuk penempatan, bandar dan kawasan pertanian.
Pada awal tahun ini, kerajaan negeri telah mengumumkan sasaran untuk menetapkan enam juta hektar untuk hutan simpan kekal dan sejuta hektar untuk hutan lindungan sepenuhnya yang terdiri daripada taman-taman negara, kawasan perlindungan binatang liar dan hutan simpan asli. Pengumuman tersebut telah dijelaskan sebagai “testimoni jelas komitmen kerajaan negeri kepada pengurusan hutan secara mapan.”
Kerajaan negeri Sarawak juga telah mengumumkan penubuhan Kawasan Pemuliharaan Antara Negara yang terdiri dari kawasan taman negara dan kawasan perlindungan binatang liar dengan Indonesia dan Brunei.
Kerajaan negeri telah menandatangani 33 perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan hutan Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi, Protokol Kyoto, Konvensyen mengenai Perdangangan Antarabangsa Spesis-Spesis Flora dan Fauna Liar yang Terancam dan Perjanjian ASEAN mengenai Pemuliharaan Sumber-Sumber Asli dan Alam Semulajadi.
Tetapi, Raymond Abin, penyelaras Jaringan Pemuliharaan Bertindak Sarawak – sebuah jaringan kumpulan-kumpulan pejuang alam sekitar dan hak Orang Asal di Sarawak – masih tidak percaya.
Pembalakan merupakan bines terbesar di Sarawak: Sarawak merupakan pengekspot terbesar kayu keras tropika di dunia. Tambahan pula, konsesi-konsesi balak selalunya diberi kepada pihak-pihak yang mempunyai pertalian rapat dengan para pemimpin di Sarawak. Kelapa sawit juga merupakan sebuah lagi sumber pendapatan yang besar untuk Sarawak.
“Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat apa yang berlaku terhadap sungai-sungai kita di Sarawak, semuanya berlumpur. Jika anda menaiki pesawat dan terbang dari satu penjuru negeri ini ke penjuru yang seterusnya, anda boleh melihat banyak kawasan-kawasan hutan sudah dibalak,” kata Raymond.
Dari kesemua usaha kerajaan negeri Sarawak, laporan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa 139,680 hektar hutan simpan kekal musnah dari tahun 2003 dan 2005, di mana 18,322 hektar pula musnah dari tahun 2006-2008. Dari tahun 1990 dan 2008, hampir sejuta hektar hutan simpan kekal telah musnah, dengan hanya 4.6 juta hektar yang masih tinggal.
Laporan tersebut menyatakan pengumuman sasaran kerajaan negeri untuk mengekalkan enam juta hektar hutan simpan kekal, tetapi tiada pentunjuk yang menyatakan bila sasaran ini akan menjadi rasmi.
Para juruaudit menemui bahawa “aktiviti pembalakan yang berhampiran dengan sungai-sungai merupakan faktor utama kemerosotan air jernih, jumlah pepejal yang terapung dan tahap oksigen yang terlarut” di sungai-sungai utama di Sarawak. “
Ini bukan sahaja mencemarkan sumber-sumber air, ia memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih.” Sememangnya, Sungai Rejang (di kawasan Sibu, Sarikei dan Kapit), Sungai Kemena (Bintulu), Sungai Baram (Miri), Sungai Limbang (Limbang) dan Sungai Trusan Lawas (Limbang) telah melebihi piawaian pencemaran air.
Raymond menambah bahawa masyarakat Orang Asal boleh melihat apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka. “Anda tidak perlu menjadi seorang pakar: masyarakat Orang Asal yang telah lama tinggal di dalam hutan atau memerlukan air bersih untuk kehidupan mereka – cara hidup mereka semakin lama akan hancur akibat daripada pembalakan.”
Para juruaudit menunjukkan bahawa terdapat banyak mendapan di kuala Sungai Seduan dan Sungai Igan di Sibu iaitu “seluas sebuah padang bola sepak,” dan disebabkan ini banjir sering berlaku di kawasan Sibu terutamanya pada waktu hujan lebat. Menurut rekod banjir, Sibu merekodkan banjir sedalam 0.9 meter pada tahun 1997 dan naik ke 1.5 meter pada tahun 2007. Pada bulan Disember 2008, Sibu mengalami banjir yang paling teruk sejak dari tahun 1963. 350,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di Bahagian Sibu di Sarawak telah musnah di antara tahun 1990 dan 2008, menurut laporan para juruaudit.
Mereka juga menyatakan beberapa laporan akhbar yang menyatakan pada awal tahun ini aktiviti-aktiviti pembalakan di Bakun yang melebihi 40,000 hektar telah menyebabkan pencemaran dan mendapan yang teruk di kuala Sungai Balui.
Undang-undang memerlukan laporan EIA disediakan untuk setiap lesen pembalakan di kawasan yang melebihi 500 hektar sebelum kerja-kerja membalak boleh bermula. Akan tetapi apabila sebuah sampel 30 permit untuk kawasan melebihi 500 hektar dikaji, para juruaudit tidak dapat mengesahkan jika laporan EIA telah disediakan sebelum kerja-kerja membalak bermula. Mereka juga tidak menemui mana-mana laporan EIA yang memberi kebenaran untuk membalak berkaitan dengan permit tersebut.
Pemantauan dari udara mendapati bahawa pembalakan di beberapa kawasan pembalakan dilakukan di cerun-cerun bukit yang melebihi 45 darjah, had kecerunan yang dibenarkan untuk membalak dan di kawasan yang berhampiran dengan sungai.
Para juruaudit memberi amaran bahawa kekayaan kepelbagaian biologi Sarawak akan beransur musnah akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan. Mereka mengesa agar spesis flora dan fauna direkod sepenuhnya supaya kerja-kerja pemuliharaan boleh dilaksanakan dengan betul untuk spesis-spesis yang terancam.
Salah satu masalah ialah penguatkuasaan yang lemah dan renjer-rejer hutan tidak mencukupi, kata Awang Tengah pula adalah “episod lama” di mana tindakan untuk memperbaiki telah pun dilaksanakan.
Tetapi Raymond menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa orang ramai takut diugut dan inilah sebabnya mengapa mereka tidak berani untuk membuat aduan. “Mereka tidak boleh nafi bahawa terdapat banyak aktiviti-aktiviti pembalakan. Masalah tersebut berpunca dari pihak berkuasa, mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat perubahan, dan juga kerana kekurangan penguatkuasaan.”
Dipetik dari: Anilnetto.com
Diterjemah untuk: Sebana Menoa
Next Page »

Blog at WordPress.com.