"Mangkang Menua,Mangkang Dunya,Ngetan Ke Bansa!!"

April 24, 2010

Kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia

Filed under: Public Issues — Pengayau @ 2:47 am
Tags:

Research by Leslley Kalom

Bumiputra Status
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Rabu, 17 Mac 2010
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Perdana Menteri menyatakan samaada undang-undang mengenai syarat kelayakan/kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia perlu diselaraskan misalnya dengan kriteria yang diterima pakai
di Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulAziz]: Tuan Yang di-Pertua, istilah bumiputera secara spesifiknya tidak ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang. Secara amnya,kerajaan sering merujuk istilah bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiridaripada tiga kategori iaitu:

(i) Orang Melayu yang ditakrifkan dalam Fasal (2), Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan;

(ii) Anak negeri Sabah dan Sarawak, ditakrifkan dalam Fasal (6)
Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan; dan

(iii) Orang Asli seperti yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160,
Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, kriteria untuk memberi kelayakan kepada seseorang itu sebagai bumiputera adalah berdasarkan kepada tiga kategori ini. Bagi negeri Sarawak, Fasa (1)Perkara 44 negeri Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa native dengan izin, has the same meaning as it has in the Federal Constitution for the purposes of the
application of Article 153 thereof to native of the state.

Berhubung dengan kedudukan bumiputera Sarawak, perenggan (6)(a) Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘anak negeri’ bagi maksud negeri Sarawak ialah seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras dengan izin race, yang dinyatakan dalam fasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu. Fasal (7) Perkara 161A memperuntukkan bahawa ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi negeri Sarawak bagi maksud takrif anak negeri
dalam fasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan,Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan,Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), kemudian Lugat, Lisum, Melayu,Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Oleh yang demikian, seseorang yang termasuk di bawah ras-ras tersebut adalah termasuk di bawah maksud anak negeri bagi negeri Sarawak dan dengan itu pada lazimnya dianggap sebagai seorang yang berstatus bumiputera. Mana-mana orang yang tidak tergolong dalam takrif anak negeri adalah tidak layak diambil kira sebagai kaum bumiputera Sarawak. Memandangkan kerajaan sering merujuk istilah bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada tiga kategori sebagaimana yang disebut sebelum ini, maka tiada keperluan bagi menambahkan apa-apa kriteria atau kelayakan tambahan bagi maksud penyelarasan terhadap kelayakan status bumiputera.

Pemakaian status bumiputera telah pun diselaraskan dan digolongkan dalam kategori yang berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.Perlembagaan Persekutuan yang terpakai di seluruh Malaysia dengan jelas
menyebutkan kategori orang yang berkelayakan dalam perkara itu adalah muktamad serta dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang yang utama.

Sebagai makluman juga, tafsiran Fasal (6)(a) Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan tidak menghendaki pihak ibu atau bapa atau kedua-duanya digolongkan sebagai anak negeri Sarawak bagi maksud memberi kelayakan kepada anak kelahiran pasangan tersebut. Atas sebab tersebut, pemakaian serta pengiktirafan status
bumiputera di Malaysia adalah selaras menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan jawapan tadi. Saya percaya ramai anak Sarawak sudah berasa lega pagi ini, tetapi saya ada soalan tambahan di sini. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Perkara 161A (6)(a) mengkhususkan ras-ras anak negeri Sarawak
melalui perkahwinan campuran bukan dengan ras-ras anak negeri Sarawak akan melahirkan anak bukan ras berstatus anak negeri Sarawak? Meaning, the resident will not be considered as bumiputera. Dalam artikel yang sama iaitu Perkara 161A(7)
menentukan hanya 23 etnik dan sub etnik yang diiktiraf sebagai anak negeri Sarawak.

Padahal mengikut rekod didapati di muzium negeri yang terkini di Sarawak mempunyai 48 etnik dan sub etnik. Oleh sebab peruntukan Perkara 161A(7) memberi makna exclusivity, maka yang lain selain daripada 23 etnik yang terkandung dalam artikel
tersebut terkeluar daripada status anak negeri Sarawak.

Takrifan Perlembagaan Persekutuan ini diterima sebulatnya oleh Perlembagaan negeri Sarawak. Dengan itu ribuan anak negeri Sarawak daripada kahwin campuran dan beberapa ribu lagi daripada golongan etnik yang hilang ini, kehilangan status
kewarganegaraan yang nyata. Satu lagi Yang Berhormat Menteri, kaum minoriti di Sarawak seperti Dato’ Jacob dan saya, jika anak kami ini yang lahir melalui perkahwinan campuran tidak diiktiraf bumiputera, mungkin dalam 50 tahun, kaum kami akan hilang
through inter marriage.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah Kerajaan Persekutuan sudah memulakan dengan kerajaan negeri agar anomali Perlembagaan ini diperbetulkan dan Perlembagaan Persekutuan dipinda. Saya sedar Barisan Nasional tidak mempunyai 2/3 majoriti tetapi saya fikir isu ini penting dan memerlukan sokongan by partisan. Inilah masa yang sesuai untuk kita menguji resolve Pakatan Rakyat sama ada mereka ikhlas untuk memperjuang isu berkaitan negeri Sarawak. [Dewan riuh] Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Terima kasih Yang Berhormat. Panjang ucapan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat
Menteri.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dari Sarawak iaitu senarai yang diguna pakai atas sebutan nama-nama suku kaum adalah berdasarkan kepada apa yang digunakan
di Sarawak. Tidak mungkin bagi kita di Persekutuan boleh mengenali nama-nama ini kalau ia tidak datang daripada senarai yang datang dari negeri Sarawak. Jadi kalau sekiranya ada nama-nama suku kaum yang tidak termasuk di sini, maka itu mestilah
dilakukan oleh pihak daripada kerajaan negeri untuk memaklumkan kepada kita dan Perlembagaan ini is not cast in stone. Ia boleh dipinda sesuai dengan untuk memasukkan kalau sekiranya masih ada lagi suku kaum yang lain, yang dianggap tidak disebut di sini untuk dimasukkan di atas permintaan daripada Kerajaan Negeri Sarawak kerana mereka yang lebih mengetahui. Itu yang pertama.

Kedua, kalau seseorang itu berkahwin dengan kumpulan yang lain ataupun mix marriage. Pada saya, kalau membaca 161A(6)(a) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “In relation to Sarawak, a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) as
indigenous to the state or is of mixed blood deriving exclusively from those races.”

Ini bumiputeralah. Jadi kalau Yang Berhormat datang daripada mix marriages,sekarang ini kita tidak menyebut bahawa bapa itu mesti bumiputera kah, baru jadi bumiputera.

Jadi kalau emak pun bumiputera, bermakna dia masih ditakrifkan sebagai bumiputera sebab ia tidak menyebut bahawa the father must be from one of the races specified in clauses 7. Ia cuma menyebut bahawa must be citizen and must belong to one. Jadi kalau mak bapa dia merupakan bumiputera, maka 161A subsection 6, tidak mengeluarkan mereka dari ditakrif sebagai bumiputera.

Leslley commented:

I read about it in the Hansard dated 17/3/10…Nazri said no amendment needed. It is good enough already. But somehow I think Nazri interpret (161A) wrongly..161A stated clearly that that “In relation to Sarawak, a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) as indigenous to the state or is of mixed blood deriving exclusively from those races.” There is a word “exclusively”. I am not a lawyer but to me it means both parents must be from race group in Clause 7 for the child to be a Bumiputera.

I am not sure how Nazri interpret this..but I think he is wrong. If it is so clearly stated that the child is a Bumi when one of their parents is a Bumi then we should not have cases like Maria Undau and others. To me Nazri is interpreting or was advice to interpret it that way to avoid any amendment. This Nazri is the same man who said it is fine to use the word “Allah” in Sarawak but not in Semenanjung and his view was contradicted by Muhyiddin.

It should be amended to “either one of the parents is from the race group in Clause 7.” And how about other missing race group?

How do you interpret this?: “of mixed blood deriving exclusively from those races.” I just cannot agree with how Nazri interpret it. He is avoiding the issue and I think BN Federal Government is not willing to amend it and our MPs are not strong enough to push it through to be debated.

article 161A (a) says :
In realation to Sarawak, a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) as indegenous to the State or of MIXED BLOOD deriving exclusively from those races and;

clause (7) says:
The races to be treated for the purposes of definition of….(please refer to federal constitution)

My Reply:

For those who are born as a native provided that they fall under the categories of Clause (7) shall remain as a native, and still protected by the constitution . The next sentence as it says,…or is of MIXED BLOOD deriving exlusively from those races;…i have a problem with the term mix blood?? how is it? mix blood of among the natives or from other races that does not fall exlusively under clause (7)? How wide is the term mix blood? in my interpretation, i assume it is a mix blood among the natives itself not from other races.

My point is:
Mixed blood among the natives that fall under clause(7) or mix blood with other races which is not fall under the said clause such as with the Non Bumputra(Chinesse,Indians) to be exact??
Mix Blood could be between the natives under clause(7) and also could be between the natives under clause(7) and Non Natives.

My point its:The definition of Mixed Blood in this context is too general as it could suit ur and depend on how you want to interpret it

It is very obvious Nazri Aziz sik paham soalan Bily Abit..Nya mikir Mix Marriage ya between Natives ajak..Sik nya sedar Billy Abit nanyak pasal Mix Marriage between Natives and Non Natives..Bini Bily Abit Cina mun sik salah aku..

“Satu lagi Yang Berhormat Menteri, kaum minoriti di Sarawak seperti Dato’ Jacob dan saya, jika anak kami ini yang lahir melalui perkahwinan campuran tidak diiktiraf bumiputera, mungkin dalam 50 tahun, kaum kami akan hilang”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.